Saturday, March 12, 2011

HARI MINGGU YANG BERMAKNA



Hujung minggu yang sentiasa dinantikan oleh sesiapa sahaja.Kepenatan bekerja selama 5 hari dapat terubat dengan percutian selama dua hari.
Dua hari begitu bermakna bagi mereka yang bekerja kerana dalam masa 2 hari inilah pelbagai perkara yang boleh dilakukan.Saya juga mengambil kesempatan dua hari ini mengemas rumah dan menyiapkan beberapa kerja sekolah khususnya post-mortem PKBS yang dijalankan pada minggu lepas.
Saya rasa puas hati kerana murid-murid saya dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang baik untuk diri mereka.Ada sesuatu yang akan saya berikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat 100% dalam subjek saya.InsyaAllah , saya akan menyediakan juga hadiah kepada mereka yang menunjukkan peningkatan dalam subjek saya.Ini semua sebagai penghargaan kepada mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Hujung minggu ini, juga hubby begitu sibuk dengan kerja-kerja mengecatnya.Dia melakukan 'touch-up ' untuk pagar rumah kami.Kalau sebelum ini berwarna coklat tapi kali ini semuanya bertemakan hijau.Sejuk katanya......
Sebelum itu,dia membaiki paip yang telah bocor.Itu minatnya dan saya tidak menghalangnya walaupun saya ada menyuarakan meminta orang sahaja membaikinya tapi dia kata apa yang boleh dibuat dia akan buat.Minatnya kepada bidang elektrik dan paip memang sudah lama dan dia lebih suka mempelajari sesuatu itu melalui rakan Cinanya.Banyak ilmu yang dipelajari daripada rakan Cinanya itu dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan hubby.

PENA KASIH : Terasa rileks sedikit...............


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails