Sunday, March 20, 2011

BERKESAN


Semalam, sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung telah diadakan.Alhamdulillah, sambutannya begitu menggalakkan.Kali ini, ayah saya telah menjemput Iman Masjid Labis untuk menyampaikan ceramah kepada penduduk kampung.

Ceramah yang bermula selepas solat Maghrib ini seperti sekejap sahaja.Penyampaian yang berkesan dan isi-isi ceramah yang disampaikan begitu menusuk di hati kami.Majlis ilmu yang begitu bermakna sekali.Pelbagai aspek disentuh mengingatkan diri kita yang kadang-kala begitu alpa dengan duniawi.Banyak ilmu yang diperolehi dan terasa begitu singkat sekali masa.

Sesuatu yang menarik ialah apabila kita ditanya 'siapakah orang yang paling kita sayangi? Kita akan menyebut ibu dan ayah tapi jarang sekali kita akan dengar perkataan Nabi Muhammad.Justeru,beliau telah meminta kita mengubah cara pemikiran kita selama ini sebaliknya kita akan menyebut Nabi ialah orang yang paling kita sayangi diikuti kedua ibu bapa dan lain-lain lagi.Beliau juga mengingatkan kita agar sentiasa menziarahi kedua ibu bapa, sentiasa mengambil berat kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup dan jangan sesekali kita menyusahkan kedua ibu bapa mahupun mengecilkan hati mereka.Janganlah kita menjadi anak yang derhaka hanya kerana sesuatu perkara yang kecil sahaja.

Beliau juga menyaran agar anak-anak yang masih bersekolah ,hormatilah guru kerana semua yang berjaya bermula dari seorang guru.Berapa ramai anak murid di sekolah yang mengucapkan terima kasih kepada guru sewaktu balik dan memohon diberkati ilmu yang diterima.Saya juga teringatkan kata-kata hubby semasa dia berada di kelas.Setiap kali kelas bermula, dia akan meminta seorang anak muridnya membacakan doa dan sebelum meninggalkan kelas, anak murid akan bersalam dengannya.(lelaki sahaja).Saya juga menerima salam daripada anak murid sebelum mereka meninggalkan kelas terutama waktu balik.Bukan sahaja murid Islam malah non-muslim juga akan bersalam dengan saya sambil mengucapkan terima kasih.Cikgu sayang kalian.................

Beliau juga mengingatkan kaum ibu agar tidak lupa membaca selawat sewaktu berada di dapur.Sambil masak bacakan selawat.Teringat saya kata-kata yang disampaikan oleh seorang imam di Melaka yang meminta kami agar sentiasa membacakan selawat ke atas Nabi sewaktu hendak membasuh beras.Mengeratkan kasih sayang di antara satu sama lain terutama keluarga kita.Kalau selama ini kita mendengar lagu-lagu sewaktu memasak tapi kita ubah dengan berselawat.Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan ini dapat dimanfaatkan oleh para pendengar .


PENA KASIH : Majlis ilmu yang begitu bermakna..................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails