Friday, March 18, 2011

BEKAS CIKGUKU.....

Pn Zalaha merupakan bekas guru sekolah saya sewaktu di SM Convent Segamat.Saya sebenarnya selalu berjumpa dengan beliau jika menghadiri mesyuarat Pengetua/Guru Besar.Menggantikan guru besar saya ketika beliau bercuti atau berada di luar negeri.Setiap kali berjumpa, beliau tetap mengingati saya dan sering bertanyakan tentang hubby.Beliau pernah menjadi pengetua di SMK Pemanis dan di situ beliau bertemu husband saya.

Pagi ini, kami berjumpa beliau di kedai makan.Banyak juga cerita yang saya perolehi daripada beliau.Tinggal lagi 10 bulan sahaja lagi beliau berkhidmat.Masih seperti dahulu................
Beliau menyapa husband kerana beliau masih ingat lagi bagaimana SMK Pemanis mampu dan buat kali pertama mendapat tempat ke peringkat akhir perbahasan di bawah pimpinan husband.Beliau begitu teruja dan gembira kerana SMK Pemanis yang anak-anak muridnya semuanya Melayu dapat menandingi peserta lain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Saya akui,husband memang begitu komitmen pada bidang tugas yang diberikan kepadanya dan setiap hari akan balik lambat semata-mata untuk memastikan anak muridnya akan berjaya dalam setiap penyertaannya.

Kemudian,husband juga telah menaikkan nama SMK Pemanis kerana mampu menjadi Pusat Sumber Harapan di peringkat negeri.Ketika itu, husband baru sahaja berkhidmat di SMK Pemanis dan telah menyertai pertandingan Pusat Sumber .Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh SMK Pemanis sehinggalah husband mengambil keputusan untuk berhijrah ke UiTM.Sehingga kini, Puan Zalaha tetap meningati husband kerana dari situ SMK Pemanis terkenal di peringkat daerah mahupun negeri.

Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas .Kami sememangnya takut sewaktu beliau mengajar dan alhamdulillah, peratus mata pelajarannya telah melonjak naik dan saya juga tidak ketinggalan mendapat A dalam subjek yang diajar.Masih ingat lagi, leterannya ......

PENA KASIH :Terima kasih, cikgu................

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails