Friday, March 18, 2011

TIDAK SIHAT

Hari ini ,jam 7.25 pagi saya sudah berada di sekolah.Menyiapkan sedikit kerja dan mengemas bilik saya sebelum naik sekolah .Biasanya ianya merupakan satu kepuasan kepada diri saya.Menampal itu dan ini di sudut papan kenyataan.Yang penting saya 'enjoy' dengan tugas saya.

Kami telah bahagikan tugas kepada setiap GPK agar mereka dapat merancang percutian bersama keluarga.Penggal ini, saya hanya sekali saya bertugas tapi semuanya saya siapkan di rumah.Ingatkan hendak cuti tapi hubby tidak bercuti.............cuti-cuti di rumah.Cuti selama dua hari ini, diisikan dengan majlis perkahwinan saudara-mara dan rakan-rakan.

Bersama dengan GPK KK, saya memaklumkan apa tindakan yang perlu dibuat kerana pemantauan kepimpinan akan diadakan pada awal bulan April.Banyaknya kerja yang perlu dibereskan dan fail-fail perlu dikemaskinikan.GPK KK memaklumkan kepada saya yang dia tidak berapa sihat sejak dua tiga hari ini.Badannya terasa lemah,hendak pitam dan juga muntah-muntah.Jelas,diwajahnya saya lihat dia berada dalam keadaan tidak sihat tapi mempunyai semangat yang tinggi.Kemudian,kami ke bilik masing-masing menyiapkan kerja.Tiba-tiba saya terdengar sesuatu daripada biliknya lantas saya melihat....ternyata dia tidak sihat.Mukanya pucat dan terasa hendak pitam.Saya suruh dia berehat dan kalau boleh saya hendak maklumkan kepada anaknya supaya mengambilnya di sekolah tapi tidak dibenarkan.Semangatnya begitu kuat sekali........badannya terlalu lemah.Kemudian, dia maklumkan kepada saya dia hendak balik dan saya menjaga sekolah dan memantau pekerja.Nampaknya suasana sekolah seperti biasa kembali kepada asal.Cekap dan pantas pekerja-pekerja menjalankan tugasnya.

PENA KASIH:Sayangkan dunia pendidikan......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails