Sunday, March 13, 2011

RENUNGAN DIRI

Apabila meneliti keputusan anak murid dengan sasaran yang telah saya tetapkan,nampaknya ada sedikit perbezaan.Saya meletakkan sasaran bagi tiga subjek saya adalah 100 %.Dua subjek mencapai sasaran dan hanya 1 subjek sahaja yang masih belum dikuasai.Dari segi kualiti, saya berasa puas hati kerana mencapai sasarannya kecuali Bahasa Melayu Pemahaman.

Hari Jumaat yang lepas,saya bersama-sama dengan anak murid telah membuat post-mortem dan didapati mereka tidak berapa faham maksud perkataan tersebut.Saya yakin mereka sebenarnya boleh buat tapi mungkin pada hari itu ada sesuatu yang menyebabkan mereka gagal menjawab soalan dengan baik.Soalan sukar boleh dijawab tapi bila soalan senang mereka gagal menjawabnya.

Dari aspek ejaan, mereka banyak melakukan kesalahan.Lantas di fikiran saya, mereka ini kurang membaca .Minat membaca di kalangan pelajar hari ini memang kurang.Justeru, saya telah mengambil langkah sebelum memulakan pengajaran saya, saya akan menyediakan lima minit untuk mengeja perkataan yang sudah biasa didengar.Masih terdapat juga kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid-murid tersebut.Setiap kali saya menyebut perkataan, saya akan pastikan mereka melihat mulut saya dan mengeja dengan betul.

Saya selalu mengingatkan anak murid bahawa kerja rumah yang dibekalkan adalah baik untuk mereka.Kami tidaklah memberikan kerja rumah yang terlampau banyak sehingga mengganggu mereka.Kami agih-agihkan kerja rumah mengikut mata pelajaran.Kadang-kadang lima soalan yang diberikan pun tidak dibuat........agak terkilan juga apabila mereka bersikap seperti itu.Saya lebih banyak bersabar dan melayan karenah anak murid.Kalau dahulu semasa saya bersekolah, kalau tidak menyiapkan kerja, rotanlah dendaan kami tapi tidak bagi pelajar sekarang.Yang ruginya mereka.......Saya selalu ingatkan mereka agar membuat kerja sekolah dengan sebaiknya.Realitinya dunia pendidikan sekarang banyak cabarannya.........

Kadang-kadang kegagalan murid menguasai sesuatu subjek akan menyebabkan seseorang guru akan gelisah.Gelisah kerana semua guru hendak memastikan anak didik mereka mendapat keputusan yang baik kerana sebagai ibu dan bapa sudah pasti mereka hendak melihat kejayaan anak mereka.

PENA KASIH:Tidak pernah merotan anak murid..............cukup dengan lirikan mata sudah membolehkan mereka memahami.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails