Saturday, January 1, 2011

PERSIAPAN 2011



Melangkah lagi ke tahun 2011,Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk turut sama merasai nikmat 1.1.2011.Sempat lagi saya menjenguk ke sekolah menyiapkan keperluan untuk hari pertama persekolahan.Berjumpa dengan pekerja swasta meminta pertolongan menyediakan sebuah bilik untuk memudahkan ibu bapa berurusan dengan guru-guru bagi membuat pembayaran yang masih belum dijelaskan.Alhamdulillah, mereka memahami dan mula bergerak menyiapkan bilik tersebut.Terima kasih.Interaksi yang berkesan amat penting dan yang penting kita jangan terlalu mencari jurang antara dia dan kita.Mereka manusia biasa dan setakat ini, saya tidak mempunyai masalah untuk meminta bantuan daripada mereka.

Selesai kerja, hubby menjemput saya dan kami bergerak ke beberapa kedai mencari keperluan anak lelaki.Mulai tahun hadapan, anak lelaki saya tidak lagi bersekolah di sekolah lamanya.Ayahnya telah mengambil keputusan untuk menghantarnya ke sekolah vokasional kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kemahiran.Walaupun di tempatkan di aliran sains, tapi dia lebih teruja untuk masuk ke vokasional.Tawaran diperolehi dan dia disediakan asrama.Emmmm......bermula episod kehidupan barunya di asrama jika dia ingin terus tinggal di asrama atau kami terpaksa menghantar dan menjemputnya berulang alik dari rumah.Kami masih dalam perbincangan lagi.Jauh di sudut hatinya,dia tidak mahu berpisah dengan kami dan ingin bersama dengan kami.Saya katakan , suatu hari nanti adik akan pergi jauh dari mama dan ayah.Mama dan ayah tetap tinggal berdua.Dia kata,kalau mama dan ayah demam, siapa hendak jaga dan menguruskan mama berdua.Saya katakan, mama dan ayah demam, mama boleh ikhtiar .Dia masih dalam dilema........



Petangnya, kami mengambil Apiz dan membawanya berjalan-jalan sambil 'shopping' keperluan dapur.Keletahnya bercerita membuatkan kami tidak kering gusi.Ada sahaja yang diceritakan.

'Uda, tok Atan ada beli kereta.Tapi kereta Uda lebih besar daripada kereta Tok Atan".Kami hanya tersenyum sahaja dan dia masih meneruskan ceritanya.
"Abang, kereta apa Tok Atan beli?".
"Tok Atan beli kereta sorong."Haziqlah yang paling geli hati melihat Apiz bercerita lantas berkata,Apiz ni pandai buat lawak gilalah..............dia turut ketawa.
Sempat lagi dia meminta Pak Udanya membelikan mainan untuknya.Gembira tidak terkira melihat dia memegang mainan tersebut.Apiz anak bertuah.................
Selesai membeli, kami singgah di Petronas dan bersolat Maghrib di situ.Dia turut sama bersolat bersama-sama Abang Ngahnya.Mengambil wuduk setelah diajar oleh Abang Ngahnya.

Kemudian, kami membawanya bersiar-siar sehinggalah saat menghantarnya balik.Dia tidak mahu kami pulang awal kerana ingin bersama-sama dengan kami.Saya katakan, Uda banyak kerja yang perlu dibereskan....dia akur.


Pena Kasih:Bersyukur dengan nikmat yang diperolehi pada hari ini......................




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails