Tuesday, January 25, 2011

TEWAS


Suami sekali lagi tewas dengan pujukan anak lelaki.Walaupun sebenarnya tidak mahu memenuhi permintaan anak lelaki untuk dibelikan sebuah motosikal.Banyak kali sebenarnya permintaan itu dikeutarakan kepada kami, tapi kami mengambil sikap endah dan tidak endah sahaja permintaannya.Banyak yang kami fikirkan apabila sudah ada motosikal......

Setelah diberikan ceramah oleh husband kepada anaknya, akhirnya Aziq menerima syarat-syarat yang dinyatakan oleh ayahnya.Apa yang menyentuh perasaan kami ialah dia hendak menggunakan motosikal untuk ke masjid.Dia berjanji tidak akan membawa motosikal ke sekolah dan sememangnya kami tidak membenarkan dia menunggang motosikal ke sekolah.Banyak risikonya.....Selama ini, dia mengayuh basikal ke masjid.Tercungap-cungap kalau dia balik dari masjid......

Anak bila sudah besar lain pula permintaannya.Adakah itu pengaruh kawan atau naluri dirinya sendiri ingin seperti kawan lain.Memang tidak dinafikan,kawan-kawan sebayanya sudah lama mempunyai motosikal sendiri tapi tidak kepada dirinya.Kami tidak semudah itu untuk melayan permintaan yang bukan-bukan daripada anak.Cuna yang menyentuh hati kami ialah dia ingin menggunakan motosikal itu untuk ke masjid dan buat kali pertamanya dia menunggang motosikal ke masjid .Bukannya cekap sangat anak saya membawa motosikal.Belajar motosikal pun setelah dicabar oleh Alongnya.Kami belikan motosikal jenis skuter kerana ia mudah.

Apa yang menggelikan hati kami ialah sewaktu tok maknya meminta dia menghantarnya untuk membaca yassin.Pecah tembelang.........dia hanya pandai bawa tapi untuk 'start' dia tidak tahu.......selama ini Alongnya startkan dan dia terus sahaja bawa.Walaupun kami ada 'elegen' tapi dia tidak berani bawa kerana besar dan berat.Sebaliknya dia menunggang motosikal Mak Ngahnya itu.

PENA KASIH : Ada cerita lucu disebalik menunggang motosikal.............


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails