Monday, January 3, 2011

SEMANGAT BARU AZAM BARU


Bermulanya episod baru bagi tahun 2011 untuk pelajar-pelajar sekolah.Semuanya ceria dengan wajah yang berseri-seri .Bersemangat.Seawal jam 6.20 pagi, telah lihat beberapa orang pelajar di perkarangan sekolah.Bersedia dengan kelengkapan sekolah yang baru.Pakaian,kasut dan beg semuanya baru.Biasalah kanak-kanak dan ibu bapa sudah semestinya mementingkan keperluan dan kelengkapan anak masing-masing.

Pendaftaran pelajar tahun satu bermula dengan lancar sekali.Kali ini, pelajar lebih berani dan petah bercakap apabila disoal.Tiada segan silu lagi seperti tahun-tahun yang lalu.Apabila ditanya secara keseluruhan pelajar yang tidak memiliki buku teks, mereka mampu mengangkat tangan menunjukkan mereka faham apa yang diperkatakan.Rata-rata boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris terutamanya pelajar Melayu.

Hari ini juga kami mengadakan program orientasi untuk murid-murid tahun 1.Pn Norlela bersama-sama dengan guru besar dan GPK HEM memberikan taklimat kepada ibu bapa mengenai perjalanan persekolahan khususnya untuk tahun 1 dan diperkenalkan LINUS dan KSSR yang buat kali pertamanya diadakan pada tahun ini bermula dari tahun 1.

Perhimpunan pagi ini juga berjalan dengan lancar.Guru besar memperkenalkan guru j-Qaf yang dipinjam dari SK Kg Jawa selama satu bulan untuk memperkenalkan mata pelajaran rintis pada tahun ini bagi murid-murid Melayu.Alhamdulillah, mereka bertuah kerana dapat mendalami mata pelajaran agama lagi.Mudah-mudahan dengan adanya program ini, murid-murid sekolah ini akan lebih bersemangat.Kami juga dilawat oleh penyelia agama PPD pada hari ini kerana ingin melihat perjalanan program tersebut.

Proses pembayaran bayaran tambahan dan pembelian buku juga dijalankan pada hari ini.Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar sekali.Proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksankan dengan baik sekali tatkala ibu bapa membuat pembayaran dan anak-anak mereka meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran.Tiada sebarang gangguan kerana kami telah menyediakan tempat untuk mereka menyelesaikan pembayaran tersebut.

Bila hari pertama sekolah, memang terasa letihnya.Saya juga tiada kesempatan untuk duduk kerana banyak perkara yang perlu dibereskan terutama berkaitan dengan jadual waktu .Meninjau kelas dan melihat proses pembayaran yang dibuat oleh ibu bapa.

Pena Kasih :Semangat baru , azam baru..............

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails