Thursday, January 27, 2011

GERAM


Hari ini memang betul-betul naik angin.Hilang kesabaran saya melihat karenah anak didik.Bukan apa, perkara yang mudah pun tidak pernah hendak diambil peduli.Bukan susah sangat hendak membawa buku ke sekolah.Jadual setiap murid di fotostat lagi tidak zaman kita menyalin sahaja.Lagi mudah ,lagi diambil ringan sahaja.Pastinya sikap.....kalau yang prihatin dengan kerja-kerja yang diberi, begitu senang sekali.Tidak susah untuk saya 'check' itu dan ini.Sebut aja buku apa yang perlu dihantar, cepat-cepat mereka menghantar kerana rasa tanggungjawab.Yang tidak hantar, tidak ambil pusing.Dibiarkan begitu sahaja sampai berhari-hari tidak hantar.Bila ditanya....tertinggal.Biasakan jawapan yang diterima.

Malah hari ini, kerana sikap seorang murid, seorang daripada guru sekolah telah menelefon parent memaklumkan kedudukan anak yang sering tidak bawa buku dari awal sekolah sehingga kini.Bila ditanya,ibu kata setiap hari saya sudah 'check' buku anak.Ikut jadual.Malangnya bila tiba di sekolah sebuah buku pun tidak ada.Pelikkan.Kadang-kadang rasa kecewa dengan sikap murid-murid seperti ini.Kadang-kadang bila ditanya kepada anak, cikgu sibuk.Sesibuk cikgu pun, kerja hakiki tetap diutamakan.Kerja-kerja sekolah tetap diberikan kepada semua murid.Bukan alasan cikgu sibuk sehingga tidak memberikan kerja kepada murid.Malah yang agak begitu kecewa di hati cikgu ialah sikap parent yang begitu percayakan anak sehingga sanggup meletakkan gagang telefon dengan kasarnya.Bila diminta datang ke sekolah dan ditunjukkan satu persatu kerja murid-murid lain, barulah mengaku kesilapan diri sendiri.Saya bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang begitu prihatin dengan anak-anak didik.Mereka tidak membiarkan anak didik begitu sahaja tapi komitmen daripada ibu bapa juga diperlukan.Malah ada ibu bapa juga yang menyerahkan bulat-bulat tugas memantau kerja anak mereka kepada pihak sekolah.Guru hanya boleh membimbing murid dengan sepenuhnya sewaktu di sekolah tapi ibu bapa perlu memastikan kerja-kerja yang diberikan dibuat oleh anak mereka.

Semalam terjadi pada diri saya.Saya lihat gerak-geri anak murid ini.Hampir 4 minggu buku tidak dibawa.Alasan tertinggal.Bila ditanya lagi...tertinggal .Saya beri dia peluang sehinggalah semalam saya menghubungi ibu murid berkenaan.Saya meminta dia melihat kerja-kerja anak dan memastikan buku dibawa mengikut jadual.Ibu itu boleh terima teguran saya dan mengaku kesilapan anak.Kali ini, pihak sekolah begitu mengambil berat dan mengeluarkan surat komunikasi kepada ibu bapa.Niat kami hendak membantu anak-anak mereka.Tapi adakah semua tanggungjawab itu terletak ditangan guru sahaja?.

Bagi memastikan setiap murid menghantar buku, kami menyediakan satu 'list'penghantaran buku.Kadang-kadang mengambil masa juga untuk menanda 'list' tersebut tapi disebabkan kami tidak mahu ada murid yang mengambil kesempatan, kami buat juga.Itulah realitinya dan berlaku di mana-mana sekolah.Sikap itulah yang perlu dibentuk.Tidak semua murid bersikap seperti itu tapi hanya segelintir sahaja.

PENA KASIH :Bila hilang kesabaran.........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails