Tuesday, January 4, 2011

SAMAN

Untuk mengetahui berapa banyak anda kena saman trafik,hanya taip info yang dinyatakan dan kita akan dapat mengetahui berapa banyak saman trafik yang kita kena.
Semalam, kami ke rumah Aman dan dia membuka cerita berkaitan dengan saman sekiranya kita ingin tahu.Bla...bla....bla...Aman pun meminta suami menghantar sms untuk mengetahui jumlah saman yang kena.Alhamdulillah........suami bebas daripada saman dan begitu juga dengan ayah saya.Kedua-dua kereta kami yang ada sekarang dan lama juga bebas daripada saman tapi tidak kepada Aman dan Ani .

Hubby telah memaklumkan kepada kak Long mengenai saman yang dia kena iaitu kereta JHF 3317.Potongan sebanyak 50% jika kita menyelesaikan saman tersebut.Saya sebenarnya tidak begitu teruja untuk mengetahui saman tetapi bila one of my friend sibuk-sibuk bercerita mengenai saman dan telah pun membuat pembayaran baru saya teringat kembali.Saman yang dikenakan adalah RM350.00 tapi dia telah menyelesaikannya.Kak Long juga berusaha untuk menyelesaikan saman tersebut dengan jumlah RM150.00.

Lalu saya mengingatkan suami agar lebih berhati-hati sewaktu membawa kereta.Rugi membayar saman kerana kita boleh memandu kereta dengan lebih berhati-hati.Bukan sedikit wang yang perlu untuk membayarnya......lebih baik wang itu digunakan untuk keperluan lain.
Suami akur........'



PENA KASIH :Lebih berhati-hati............

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails