Saturday, January 22, 2011

KASIH

Simbol yang kami pilih....semoga ia berkekalan.Bermula dari Teratak Kasih,Anjung Kasih,Dataran kasih dan kini Agro Kasih.Sekadar suka-suka dan tidak ada apa-apa maksud cuma yang kami harap semoga kasih itu tetap berkekalan antara satu sama lain.

Selepas solat subuh,kami ke Agro Kasih melihat sebidang tanah yang baru disodok untuk di tanam pokok getah.Menemani suami sambil berbual-bual dengan emak tanpa disedari kami berjalan begitu jauh sekali.Sekali-kali melakukan aktiviti berjalan-jalan .Hubby juga menyediakan tempat untuk Aziq dan rakan-rakannya bermain kerana Dataran Kasih yang menjadi tempat mereka tidak dibenarkan lagi untuk dijadikan tempat bermain.Ini kerana apabila mereka bermain tanpa disedari banyak mentol yang pecah akibat tendangan bola yang dilakukan oleh mereka.So,hubby mengambil keputusan menyediakan tempat untuk mereka beriadah berdekatan dengan Agro Kasih.

Hubby meracun rumput-rumput di Agro Kasih kami.Setakat ini, kami belum menanam getah lagi kerana cuaca yang panas dan tidak dibenarkan oleh MIL untuk menanam buat masa ini.So, kami jaga sahaja tanah tersebut agar tidak ditumbuhi rumput-rumput.

Kemudian,hubby and his son melakukan sedikit kerja-kerja pertukangan di belakang rumah kami.Hari minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Suka melihat suasana yang ceria dan bersih.

PENA KASIH :Semoga ikatan kasih antara kami akan terus berkekalan...

2 comments:

Sutiman Kemin said...

Saya mencadangkan agar puan mempunyai laman web sendiri dimasa hadapan. Memandangkan puan rajin menulis, saya pasti laman web puan akan sentiasa mempunyai penjejak baru kerana bahan-bahannya menyegarkan minda pembaca dan bersahaja.

PENA KASIH said...

Terima kasih Saudara atas pandangan tersebut.InsyaAllah pernah untuk membuat satu lagi laman web....tapi masih dalam perancangan.Terima kasih kerana sudi mengikuti blog ini.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails