Friday, January 1, 2010

TAHUN BARU 2010




Selamat tahun baru.Bertambah lagi usia kita.Syukur diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan tahun 2010.
Hari ini, sekolah saya mengadakan hari orientasi untuk murid-murid Tahun Satu.Semuanya berjalan dengan lancar dan anak-anak bersemangat untuk hadir ke sekolah.Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dengan kehadiran ibu bapa dan anak mereka.Alhamdulillah,pada tahun ini seramai 32 orang murid mendaftar di sekolah ini.Peringkat awal agak mengecewakan dengan jumlah murid yang terlalu sedikit tapi tidak disangka di akhir-akhir pertambahan bilangan murid berlaku.
Pelbagai perkara disampaikan kepada ibu bapa agar mereka dapat mengikuti dengan jelas peraturan yang terdapat di sekolah kami.Guru Besar menyampaikan beberapa perkara berkaitan dengan perjalanan akademik sekolah ini.Ibu bapa juga diperkenalkan dengan program LINUS yang akan menggantikan program KIA2M .Kemudian, GPK HEM memaklumkan kepada ibu bapa berkaitan dengan bantuan-bantuan yang ada.
Akhir sekali, anak-anak murid yang bersekolah di sekolah ini telah diberi sebuah beg sekolah yang mendapat 'sponsor' daripada sebuah pertubuhan.Begitu excited sekali mereka menerima beg tersebut yang disampaikan sendiri oleh guru besar.Bertuahnya anak murid sekolah ini.

Pena Kasih:Dulu guna beg kotak sahaja untuk menutup kepala melindungi cahaya matahari yang terik ketika balik berjalan kaki dari sekolah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails