Tuesday, January 5, 2010

CERIA DAN INDAH


Memiliki sebuah sekolah yang serba ada adalah impian sesebuah organisasi.Namun tidak semua impian itu menjadi kenyataan.Disebalik kekurangan yang dimiliki,kami tetap bersyukur kerana setiap yang ada dimanfaatkan sebaiknya.

Namun, segala kemudahan asas sememangnya dimiliki dan dinikmati oleh warga sekolah ini.Kami berusaha untuk menjadikan sekolah ini sekolah yang terbaik bersama-sama dengan semangat daripada warganya.

Pagi lagi, saya lihat salah seorang pekerja berusaha untuk memastikan sekolah ini berada dalam keadaan ceria dan indah.Tanpa sebarang arahan diberi sebaliknya atas inisiatif sendiri dengan cat yang disumbangkan oleh seseorang,beliau telah mengecat bangku-bangku simen untuk dimanfaatkan oleh murid sekolah ini.Nampak cantik walaupua di awalnya agak usang setelah sekian lama tidak dicat.Berwajah baru.

Sebelum naik sekolah, dataran hadapan sekolah juga telah ditarkan atas inisiatif guru besar.
Nampak lebih bersih dan tiada lagi takungan dan lopak-lopak yang mencacatkan mata memandang.Semuanya dilakukan untuk keceriaan dan keindahan persekitaran sekolah.


Pena Kasih:Semua hendak dilihat cantik.
Orang yang rajin bekerja bisa tidur dengan nikmat. (Robert Burton)

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails