Kerja-kerja di saat akhir bukanlah satu kerja yang saya suka.Sebolehnya saya akan menyiapkan kerja seperti yang telah dirancang.Namun,sebagai manusia kita tidak sempurna.Sesempurna manapun masih ada kekurangannya.Rasanya cuti selama sebulan lebih yang dilalui tidak seperti yang diharapkan.Masih lebih banyak berada di sekolah.Namun, ada lagi yang belum selesai.Biasalah.......
Semalam, selepas hubby solat Jumaat,saya terus berada di sekolah sehingga jam 6.30 petang.Kali ini kerja-kerja mengemas bilik saya.Empat beg plastik penuh dengan kertas-kertas yang tidak berguna dibuang begitu sahaja.Selama ini, dapat simpan.Bila akhir tahun kemas.Menukar langsir bilik.Semangat tahun 2010.Semua maklumat lama yang terdapat di papan kenyataan telah dibuka dan diganti dengan yang baru.Tengok bilik kemas, happy.Kalau tidak berserabut kepala.
Hari ini, sempat lagi singgah sekolah.Pukul 12.30 tengah hari hubby tolong tukarkan 'mouse' untuk komputer desktop.Komputer peribadi dan hak sendiri yang dibawa dari rumah.Dah lama letak di sekolah tapi jarang digunakan.Dah ada laptop,guna yang itu sahaja.So, tahun ini, nak simpan maklumat di dalam komputer desktop.Senang sedikit nak buat kerja.Siap tulis 'teratak kasih' takut nanti orang ingat hak sekolah.Namun terima kasih kepada hubby membenarkan saya membawa komputer tersebut ke sekolah.
Syukur,bulan Disember lepas dapat lagi sebuah laptop milik peribadi.Terima kasih tidak terhingga untuk diucapkan kepada 'somebody'.Hubby selalu cakap, awak ni selalu murah rezeki.
Saya katakan,saya jarang meminta apa-apa, tapi kalau tergerak orang nak beri,saya terima dan semua itu rezeki saya.Dulu, nak buat kerja pun susah.Tiada laptop.Dah ada laptop sendiri lebih senang dan mudah untuk membuat kerja.Sebenarnya, laptop hak milik sendiri memang ada atas pemberian hubby.
Sebenarnya, banyak lagi kerja-kerja remeh yang perlu saya lakukan.Menampal maklumat itu dan ini di papan kenyataan.Biasalah lawatan first day daripada pelawat yang dijangka akan datang ke sekolah.Setakat ini, semua maklumat penting telah ditampal.Senang sedikit hati bila kerja dah beres.
Pena Kasih:Kerja memang tidak habis-habis.....

No comments:
Post a Comment