Hari ini, Along very excited bercerita tentang pengalaman yang diperolehi bekerja di klinik.Kami mendengar sahaja cerita yang disampaikan.Agak memenatkan tetapi seronok katanya.Dr pun selalu bercerita tentang pengalamannya kepada Along dan kawannya.
Hari Jumaat dan Sabtu, memang ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut.Menariknya kini Along mengenali jenis-jenis ubat setelah hampir 10 hari bekerja di klinik.Memang Along memilih klinik kerana mempunyai ruang dan masanya untuk bersolat.Itu yang menjadi keutamaanya.Setiap hari, saya sentiasa mengingatkannya agar bersolat dan Dr. tersebut membenarkan staffnya bersolat walaupun dr. itu berbangsa asing.
Banyak maklumat yang diperolehi olehnya kerana dr tersebut tidak lokek dengan ilmu yang ada.Berkongsi ilmu dan sememangnya Along berminat mendengar cerita-cerita tersebut.
Teringat pula pengalaman saya bekerja sewaktu menunggu keputusan SPM.Bekerja di kilang dan pernah ke JB bersama-sama dengan rakan-rakan mencari kerja di sana.Namun, kami balik semula ke Segamat dan akhirnya bekerja di kilang Segamat.Pengalaman bekerja di kilang amat memenatkan dan bernekad untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar impian dan angan-angan untuk menjadi guru tercapai.Bersyukur akhirnya impian saya yang ditanamkan semenjak sekolah rendah tercapai.Tiada kepuasan dan berhasrat untuk menjejakkan kaki menara gading.Namun,cita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara gading tidak tercapai.Dulu,memang kami tidak tahu cara untuk memohon.Tapi saya tanamkan nekad suatu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke menara gading juga walaupun tidak sepenuh masa.Akhirnya, apa yang saya impikan menjadi kenyataan walaupun agak lewat tidak seperti rakan-rakan lain.
Pengalaman bekerja sebagai guru sandaran selama dua tahun mendekatkan lagi naluri untuk menjadi seorang guru.Seronok bekerja sebagai guru sandaran di Gemereh dan kemudian di Simpang Lima Darat.Pengalaman di perantauan sewaktu menjadi seorang guru amat menyeronokkan penuh dengan cerita suka duka.Kini,saya sedang berkarya dengan pengalaman hidup sebagai seorang guru di mana HM berkata pengalaman sebagai seorang guru itu menarik yang boleh dikongsikan bersama.
Pena Kasih:Berharap agar pengalaman yang Along alami menjadikan dia lebih matang .

No comments:
Post a Comment