Wednesday, January 6, 2010

KERJA YANG TIADA KESUDAHAN.................

Setelah tiga hari bermula persekolahan bagi sesi 2010,pelbagai perkara perlu disudahkan.
Banyaknya kerja..........Persiapan untuk minggu hadapan,Kelas tambahan untuk murid Tahun 4,5 & 6 akan bermula pada hari Isnin.Surat perlu diedarkan kepada ibu bapa.Kelas POL Bahasa Cina dan Tamil serta peluasan Bahasa Cina juga perlu disiap dan diedarkan kepada semua ibu bapa.
Surat permohonan cuti peristiwa dan cuti berganti juga perlu dibuat untuk dihantar kepada pihak tertentu.Kerja seorang guru bukan hanya kepada 'core-bussiness' sahaja tetapi merangkumi banyak perkara.Seorang kerani, seorang penasihat, seorang jururawat, seorang penyambut tetamu, seorang itu dan ini sehingga sukar untuk dinyatakan.

Namun, waktu 'free' saya digunakan untuk merangka beberapa surat untuk dihantar kepada pihak tertentu.Saya curi-curi juga masa saya untuk persediaan bagi memulakan pengajaran kita.Pada saya itu yang lebih penting.Waktu mengajar yang bukannya sedikit dan waktu 'free' itulah digunakan untuk membuat kerja-kerja pentadbiran.Mengumpul maklumat dan mengemaskini sistem fail dari semasa ke semasa serta menyediakan beberapa laporan yang dikehendaki oleh orang atasan.

Sedari waktu pagi sesampai di sekolah memang tidak punya masa untuk berehat.Kini, saya sedang mengumpul maklumat 'headcount' bagi setiap kelas untuk mata pelajaran teras.Kerja yang tiada kesudahan............Paper work yang terlalu banyak.Semuanya perlu didokumentasikan.

Bagi saya, tumpuan pada mengajar itu yang saya utamakan.Ada kalanya kerja-kerja remeh saya ketepikan buat sementara dan kepuasan mengajar anak didik itu yang saya dahulukan.Suka melihat anak-anak murid bersemangat untuk belajar malah mereka begitu excited semasa saya mengajar sains.Syukur setakat ini, mereka dapat menghabiskan kerja-kerja seperti yang telah diamanahkan.Mudah-mudahan kalian berjaya.

Pena Kasih:Suka melihat wajah anak murid yang memberikan tumpuan semasa mengajar.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails