Tuesday, January 5, 2010

TERSILAP PAKAI.......


Pelbagai ragam boleh dilihat di wajah murid-murid Tahun 1.Ada yang terlalu suka, ada yang 'moody' malah ada yang masih teringat situasi di sekolah tadika atau prasekolah.Kalau di waktu rehat,kami memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengatur atau mengajar anak mereka membeli makanan di kantin.Jika tiada ibu bapa,guru bertugas atau guru kelas yang membantu mereka membeli makanan.Minggu pertama,mereka masih berada dalam keadaan terawang-awang malah ada yang termangu-mangu kerana tidak biasa dengan situasi persekolahan sebenar.Jika di tadika, segala keperluan diuruskan oleh guru dan juga pembantu sebaliknya apabila berada di sekolah sebenar mereka terpaksa mengurus sendiri.Minggu pertama memang memenatkan 'emak' mereka.

Kalau tahun-tahun lepas, ada yang menangis kerana memakai kasut orang lain.Mereka tersalah ambil kasut kawan.Tapi pada tahun ini, guru kelas telah mengingatkan ibu bapa agar setiap kasut ditulis nama anak mereka begitu juga dengan pakaian PJ anak-anak mereka untuk mengelakkan daripada mengambil pakaian orang lain.Nampaknya, cara ini berkesan dan tiada lagi masalah terambil kasut kawan.Jika ibu bapa tidak menulis, guru kelaslah yang terpaksa menulis untuk anak-anak muridnya dengan menggunakan' marker pen'.Begitu prihatin sekali guru tahun satu sekolah ini.

Memang tidak dinafikan, minggu pertama memang agak 'stress' dan memenatkan bagi guru-guru yang mengendalikan mereka.Pelbagai perkara perlu diberikan penekanan agar mereka memahami peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
Sudah lama saya tidak mengajar tahun 1.Cukup pengalaman selama hampir 7 tahun mengajar tahun 1.Kesabaran yang tinggi amat penting untuk melayani kerenah anak-anak murid.Ada yang tidak sempat ke tandas dan membuang 'air kecil' di dalam kelas.Pengalaman semasa mengajar tahun 1 amat memenatkan tapi menjadi seronok apabila semua murid boleh membaca dengan lancar.

Pena Kasih : Kesabaran itu ada nikmatnya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails