Thursday, January 7, 2010

AKSI MEREKA......




Selama hampir satu jam diambil untuk mendengar perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia sempena tahun 2010.Semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk bersama-sama mendengar perutusan tersebut yang dikelolakan oleh Ekin dan Pian.Thanks.

Biasalah bila perutusan tanpa sebarang gambar yang menarik sudah tentu membosankan pelajar.Lima minit pertama, mereka mendengar dengan teliti dan tekun.Selepas itu, mulalah tiada tumpuan.Mulalah pelbagai aksi yang ditunjukkan.Ada yang tertidur kerana mengantuk.Apatah lagi cuaca yang sejuk dan nyaman di pagi hari, membuatkan ramai yang menguap.Kalau di rumah, sudah tentu menarik kain selimut lalu tidur dengan disulami mimpi-mimpi indah.

Tapi sesuatu yang agak menarik perhatian saya ialah murid-murid Tahap 2.Seolah-olah Menteri Pelajaran berucap di hadapan mereka secara nyata.Selesai sahaja ucapan beliau, mereka bertepuk tangan malah turut sama membaca ikrar.Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka walaupun ada di antara mereka yang tidak tahu butir isi-isi yang disampaikan oleh beliau.

Ada di antara pelajar-pelajar yang membawa nota kecil untuk mencatat apa yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran.Pastinya melalui pendidikanlah mereka berupaya untuk mencorak masa depan mereka sendiri.

Pena Kasih:Guru yang berjaya ialah guru yang berusaha untuk anak-anak muridnya.
Tiap-tiap hak yang tidak disertakan dengan tanggungjawab tidak akan mutlak dari segi hakikat.(Tun Hussein Onn)

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails