Tuesday, January 12, 2010

KETEKUNAN











Mereka tekun,saya seronok.Tahun ini, merupakan tahun ke 2 saya mengajar Bahasa Melayu setelah sekian lama meninggalkan subjek tersebut.Sememangnya saya meminta untuk mengajar semula subjek tersebut.Sebelum ini, saya mengambil subjek Sceince dan Pendidikan Moral tapi saya lebih teruja untuk mengajar subjek Bahasa Melayu.

Alhamdulillah, pada tahun ini, mereka tidak menimbulkan banyak masalah.Mereka saya lihat, begitu tekun membuat kerja-kerja setelah kami mengadakan sesi perbincangan.Seronok melihat mereka begitu bersemangat membuat latihan-latihan yang diberikan.Penggunaan tata bahasa yang betul dan tidak banyak melakukan kesalahan.Bahasa yang digunakan dalam kelas berlainan dalam bahasa penulisan dalam blog yang sememangnya lebih bersantai.Pastinya niat kita untuk melakukan sesuatu kepada anak murid agar mereka memahami apa yang kita ajar dan yang penting, mereka faham setiap arahan yang diberikan.Saya lebih teruja kepada anak-anak didik saya yang seramai 24 orang yang mempunyai pelbagai bangsa tapi memahami apa yang kita hendak.

Salah seorang murid baru yang datangnya dari sekolah aliran Cina agak terperanjat dengan budaya sekolah ini dan pada minggu pertama berada dalam keadaan'terawang-awang' tapi kini dia sudah mampu memahami apa yang saya inginkan.Hanya kita sebagai guru sahaja yang memahami anak-anak didik kita dan bukannya orang luar.

Pena Kasih:Gembira mereka memahami apa yang saya inginkan.Mereka seperti anak saya sendiri.Ada masanya kita bergurau dan ada kalanya kita serius.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails