Friday, January 8, 2010

CITRA BAHASA DAN EW20

Dua program yang perlu dijalankan di setiap sekolah.Program yang bertujuan untuk menanam sikap suka membaca di kalangan murid-murid di samping menyalin karangan yang diambil daripada petikan atau bahan-bahan yang disediakan oleh panitia masing-masing.

Program yang dianggap baik dan sekurang-kurangnya murid tidak membuang masa dengan bermain-main apabila sampai di sekolah.Tahniah dan syabas kepada murid tahun 3, kerana pagi lagi telah berjumpa dengan saya untuk mengambil buku tulis citra yang saya simpan dan akan diedarkan apabila hendak digunakan.Selepas itu, saya akan kutip semula untuk disemak dan ditandatangan bagi memastikan mereka mengikuti program tersebut.Begitu juga dengan murid tahap 2, yang telah menunjukkan respon mereka dengan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut.

Bukan senang untuk meminta mereka menjalankan aktiviti tersebut kerana jika ditinjau tahap minat membaca di kalangan murid-murid agak rendah.Mereka sememangnya tidak berminat membaca.Justeru, kami mewajibkan semua murid yang datang awal terus ke Zone English dan Kantin sekolah untuk menjalankan aktiviti tersebut.Bagi membantu mereka banyak membaca, program nilam telah dimasukkan ke dalam jadual waktu agar semua murid mengambil bahagian dalam program tersebut.Untuk itu, tahniah kepada ketua panitia bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta AJK yang telah berusaha untuk membantu murid-murid agar tersemat di hati mereka untuk berminat dengan membaca dan menjadikan ianya sebagai satu budaya.

Saya percaya,semua ibu bapa menghadapi masalah untuk memastikan anak-anak membaca.Apatah lagi dengan teknologi yang canggih, tidak perlu menyelak helaian demi helaian kertas sebaliknya hanya dengan menggunakan jari jemari mencari maklumat.
Semoga program ini terus mendapat sambutan di kalangan murid-murid sekolah ini.

Pena Kasih:Minat membaca setelah melihat hubby tidak berhenti-henti membaca pada waktu malam.
Warisan yang paling baik untuk anak kita bukannya wang tetapi ilmu yang diamalkan.(Benjamin Franklin)

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails