Thursday, January 7, 2010

POKOK BUNGA

Keindahan persekitaran sekolah bersesuaian dengan program 3K yang perlu dijalankan di setiap sekolah bagi memastikan sekolah berada dalam kondusif yang selesa,bersih dan indah.AJK Keceriaan yang diwujudkan di sekolah memainkan peranan penting memastikan program 3K terus bergerak dengan licin dan lancar.

Kami juga bertuah kerana mendapat pekerja yang begitu kreatif dan rajin dan berusaha untuk menjadikan sekolah ini berada dalam sekolah taman.Berusaha untuk memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan menghijau serta redup dan sedap mata memandang.Semalam, beberapa orang AJK Keceriaan dengan diketuai oleh Kak Ana meninjau-ninjau 'nursery' yang menjual pelbagai jenis pokok bunga untuk di tanam di sekolah.Pasu-pasu bunga juga telah dibeli untuk ditanam dengan pelbagai jenis bunga.

Nampaknya bersemangat sekali pekerja sekolah ini untuk mempastikan sekolah ceria dan indah.

Pena Kasih: Sedang mencari pokok hati-hati untuk ditanam di sekolah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails