Seringkali guru-guru akan menghadapi masalah bila berhadapan dengan murid-murid kerana kegagalan membuat' pembetulan'.Setiap kesalahan akan dibetulkan oleh guru dan setelah itu murid-murid diminta membuat pembetulan.Namun, setelah dikaji dan dilihat didapati masalah membetulkan semula kesalahan yang dilakukan dianggap 'enteng' sahaja.Mereka mengambil sikap acuh tidak acuh dengan saranan yang diberikan.
Tidak semua murid mengambil sikap tidak mengambil kisah dengan 'pembetulan'.Biasanya murid-murid yang agak 'slow' sedikit sukar untuk melakukannya.Bagi murid-murid yang dianggap prihatin akan terus membetulkan kesalahan tanpa perlu ditegur atau dipanggil serta diingatkan.
Setelah hampir 19 tahun, menceburi bidang perguruan, masalah inilah yang sering dihadapi.Saya lihat murid-murid yang prihatin inilah biasanya akan bertindak tanpa perlu disuruh.Murid-murid yang gagal melakukan pembetulan, biasanya saya mengambil sedikit masa untuk meminta mereka melakukan.Hendak menjadikan ianya sebagai satu habit dan tidak mengambil sikap sambil lewa sahaja.Memang saya agak tegas apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.Saya hendakkan mereka meneliti kesalahan yang telah dibuat dan seterusnya membetulkan kesalahan tersebut agar kesalahan yang sama tidak berulang lagi.
Pena Kasih:Memanggil seorang demi seorang dan meminta membuat pembetulan tanpa perlu penangguhan.
No comments:
Post a Comment