Saturday, January 16, 2010

KURSUS KEPIMPINAN





























Kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Badan Disiplin sekolah adalah bertujuan untuk memberikan beberapa pendedahan kepada murid-murid dalam menerajui sesebuah organsisasi.Kursus yang dianggotai oleh Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, SPBT,Ketua darjah dan penolong merupakan salah satu agenda dalam takwim persekolahan.Pelantikan mereka berdasarkan keupayaan membantu dan memimpin sekolah setelah AJK Pemilihan bersetuju untuk memilih seseorang murid itu.

Kursus sehari ini diisikan dengan pelbagai maklumat yang bertujuan untuk membantu mereka memimpin sekolah dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam sesuatu pengurusan.Memberi peluang kepada mereka untuk tampil ke hadapan dalam mengendalikan sesuatu majlis terutama perhimpunan pagi.Selain itu, mereka juga perlu menjalankan tugas seperti yang telah disusun agar bersama-sama membantu sekolah mengendalikan disiplin pelajar.

Bagi mereka yang bertugas di PSS, Pn Salbiah juga telah memberikan beberapa info untuk mereka mengendalikan PSS dengan sebaik mungkin.Sedikit sebanyak mereka tahu fungsi dan tugas sebagai Pengawas Pusat Sumber.

Begitu juga dengan SPBT yang diketuai oleh Pn Radziah adalah bertujuan untuk membantu guru SPBT dalam mengendalikan bilik BOSS dengan sebaik-baiknya.

Kursus yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari sedikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada mereka dalam mengendalikan tugas dan seterusnya membantu guru-guru sekolah ini.Sememangnya mereka merupakan kanak-kanak dan perlu dimaklum dan diingatkan apatah kita sebagai guru yang sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Pena Kasih:Bukan senang untuk menerajui sesebuah organisasi .Perlu belajar dan belajar supaya mantap dalam bidang yang kita terajui.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails