Thursday, January 14, 2010

KEPENATAN......









Dua hari berturut-turut menghadiri taklimat KGSK dan juga Diskusi Akademik.Terasa begitu letih sekali.Keluar rumah pukul 6.15 pagi dan balik hampir 6.00 petang menyebabkan terasa sangat letihnya.Tuntutan kerja yang sedemikian menyebabkan saling tolong-menolong dan faham-memahami amat penting antara satu sama lain.Syukur kerana semua kerja rumah dapat dibereskan dengan bantuan hubby.Jika tidak,.........sudah tentu bertambah letihnya badan ini.

Diskusi Akademik menarik minat saya dan seterusnya mendapat pelbagai input yang berguna kepada saya sebagai pentadbir kurikulum daripada Tn Hj.Sazali.Sebenarnya,banyak perkara yang perlu kita lakukan demi mencapai sesebuah kejayaan dalam sesebuah organisasi.Berkongsi maklumat dan seterusnya bersama-sama menoleh ke belakang melihat apa yang telah kita buat selama ini.Justeru, kita jangan bersikap pandai sebaliknya lebih banyak bertanya untuk mendapatkan sesuatu maklumat itu.Bagi saya, saya sememangnya suka bertanya dan berkongsi maklumat dan cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita.

Hari ini, saya sekali lagi menghadiri taklimat yang berkaitan dengan KGSK.Walaupun,sekolah saya setakat ini belum lagi menerima sebarang guru KGSK tetapi saya perlu juga mengetahui bagaimana untuk memohon KGSK.Banyak juga info yang diperolehi walaupun adakalanya antara dengar dengan tidak dengar sahaja kerana terlalu letih.

Malam ke rumah MIL .Hubby ajak dan sempat melihat keletah anak saudara.Sesampai sahaja terus memanggil nama dan memeluk saya dan minta didukung.Manjanya........
Kepenatan hilang sebentar melihat keletah anak saudara yang tidak habis-habis menceritakan kisah gitarnya.Aksi bermain gitar ditunjukkan kepada kami.Hilang penat.

Pena Kasih:Minggu yang agak memenatkan.
'The face,especially the eyes, and the heart account for almost half or our communication.'

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails