Tuesday, January 5, 2010

URUTAN LEMBUT



Gambar hiasan

SMS diterima meminta pertolongan untuk mengurut kaki Mak Itam yang tersalah urat akibat tergelincir beberapa bulan yang lalu.Telah dua kali kaki dan betisnya diurut dan telah beberapa kali Mak Itam ke klinik kerana kakinya itu.
Kemudian,Mak Itam juga telah meminta tukang urut profesional mengurut betisnya yang dikatakan terlalu tegang dan rasa sengal.Tiada perubahan.

Akhirnya,Mak Itam meminta pertolongan saya untuk mengurut kakinya.Bukannya pakar mengurut tapi sekadar urutan lembut sahaja yang saya lakukan.Kali pertama saya mengurut kakinya terasa urat-urat di betis dan kakinya agak tegang .Kali ini, saya dapati betis dan kakinya tidak setegang seperti yang pertama.Mak Itam kata dia akan datang lagi untuk mengurut buat kali ke tiga.Saya tiada masalah tetapi bukannya pakar mengurut hanya sentuhan lembut sahaja.Tiada apa-apa petua cukup dimulai dengan Bismillahirahmanirrahim dan selawat.Itu sahaja yang saya tahu.

Pena Kasih:Entah elok atau tidak kaki Mak Itam tidak saya pasti.Yang tahu hanya Mak Itam


3 comments:

Guru Data said...

nak bermanja tu

Guru Data said...

nak gmbr cara urut leh hantar

PENA KASIH said...

Tak sempat nak ambil gambar semasa mengurut.Bukan tukang urut profesional.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails