Deringan telefon waktu pagi, kadang-kadang merisaukan saya.Adakah berita yang bakal diterima itu baik atau sebaliknya?
Kak Noi yang tinggal di kem Gemas menelefon saya seawal pagi mengajak saya ke rumahnya pada petang ini.Ada jamuan untuk keluarga.Kami memang begitu rapat semasa kecil lagi.Tidur sebantal dan bermain pondok bersama-sama.Tapi itu merupakan kenangan yang sukar dipadamkan setiap kali pertemuan diadakan.Mulalah kami bercerita dan ketawa mengingatkan kenangan tersebut.Setiap kali cuti sekolah,destinasi kami ialah ke Felda Kemelah.
Mandi di sungai dan memanjat pokok rambutan dan makan rambutan di atas pokok.Lagak seperti lelaki.Kami memang tidak duduk diam ada sahaja yang kami akan lakukan.Ijut, orkid, sarimah,midah, saim dan atan serta ramai lagi yang menjadi kawan sepermainan ketika itu.Entah di manakah mereka sekarang?Kak Noi yang tinggal di kem Gemas menelefon saya seawal pagi mengajak saya ke rumahnya pada petang ini.Ada jamuan untuk keluarga.Kami memang begitu rapat semasa kecil lagi.Tidur sebantal dan bermain pondok bersama-sama.Tapi itu merupakan kenangan yang sukar dipadamkan setiap kali pertemuan diadakan.Mulalah kami bercerita dan ketawa mengingatkan kenangan tersebut.Setiap kali cuti sekolah,destinasi kami ialah ke Felda Kemelah.
Saya memaklumkan kepadanya yang hari ini merupakan hari persekolahan ganti untuk cuti Deepavali nanti.Sudah tentulah penat untuk saya ke Gemas.Jamuan diadakan jam 3.00 petang.Begitu bersungguh-sungguh dia mengajak saya.Saya menolak undangannya dengan cara aik Bukan kerana tidak sudi.Akhirnya kak Noi akur dengan alasan saya.
Kami memang sering berjumpa kerana kak noi sering ke kampung saya.Apabila telah bertemu,hilaian ketawa kedengaran.Masing-masing membawa cerita lama.
Kak noi tinggal berseorangan di Gemas.Suaminya kini berada di luar negara kerana berkhidmat di sana dan dijangka akan pulang pada 20 Ogos ini.Anak-anaknya seramai 2 orang belajar di Kuala Lumpur.Hanya emak dan emak saudara sahaja yang memenuhi undangan kak Noi.
Pena kasih:Masih ingat lagi bermain tarik upih dengan kak noi.Saya duduk dia tarik.Akhirnya kak noi kena buli.he...he...

No comments:
Post a Comment