Tuesday, October 4, 2011

PMR.....

PMR bermula hari ini...sudah tentu pelbagai perasaan yang timbul di hati mereka yang menduduki peperiksaan tersebut.Ada yang sudah bersedia malah ada juga yang masih kabur-kabur lagi...seperti tidak percaya bahawa hari ini PMR bermula.

Namun, saya percaya pelajar hari ini tidak seperti pelajar zaman saya.Banyak ilmu yang boleh diperolehi.Mereka bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat melalui internet malah kini banyak bahan bacaan yang mudah dan senang diperolehi.Kelas-kelas tambahan dan lambakan pusat tuisyen memudahkan mereka untuk belajar.Bukan itu sahaja, malah ada ibu bapa yang sanggup memanggil guru untuk datang ke rumah semata-mata untuk memastikan anak mereka mendapat keputusan yang terbaik.

Waktu dahulu hanya mengharapkan buku teks sahaja dan kalau ada pun buku-buku tambahan hanyalah sedikit sahaja.Apatah lagi, saya bukanlah dari golongan yang hidup senang namun saya bersyukur kerana ibu dan ayah saya menitik beratkan pelajaran untuk kami berdua.Untuk ke kelas tuisyen......saya rasa saya tidak pernah mengikutinya .Itupun apabila saya berada di tingkatan 5 sahaja saya mengenali kelas tuisyen.Thanks ayah dan emak.

Namun dalam keghairahan itu, pelajar-pelajar hari ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.Pengaruh luaran malah hari ini pengaruh FB begitu bermaharajalela di kalangan pelajar-pelajar hari ini.Jadi mereka terpaksa mengagih-agihkan masa antara belajar dan berchating.Kalau zaman kita, pengaruh seperti itu tidak ada tapi ada kekangan lain pula yang sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran kita ketika itu.

Saya percaya, pelajar yang cemerlang dan merasakan mereka ingin berjaya demi masa hadapan mampu mengatasi cabaran itu .Dengan adanya sokongan daripada ibu bapa,mereka mampu mencapai keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.Malah, pada hari ini tanggungjawab ibu bapa begitu berat sekali dengan memerhati gerak-geri anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan dunia FB, twitter dan sebagainya.

Justeru, anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan.......ingatlah hanya ilmu yang dapat mencorak masa depan kalian.Lupakan seketika soal lain tapi tumpukan pada pelajaran.Ingat...jangan sesekali kalian berkasar dengan ibu dan ayah sebaliknya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, minta restu dan bersalam dengan kedua ibu bapa.Juga jangan lupa bersolat dan berdoa kepada Allah.

PENA KASIH :Semoga Allah permudahkan anak-anak didik ketika menjawab soalan.....


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails