Friday, October 7, 2011

HARI PERTAMA KOKURIKULUM


Guru besar menyampaikan 'tag'nama pelajar...

Merehatkan diri buat seketika....


Pendaftaran pelajar untuk menyertai perkhemahan.........

Cik Wan meninjau keadaan khemah....

Suasana tapak perkhemahan....saya sukakan suasananya.Menarik...

Permintaan anak murid untuk bergambar.....layan ajalah.


Cikgu Supian meninjau khemah untuk pelajar-pelajar bermalam di dalam khemah.

Pn Ruhana mengiringi guru besar melawat tapak perkhemahan pelajar.

Tu dia...semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar.walaupun baru tahun 3 tapi mereka begitu semangat untuk menyertai aktiviti tersebut.

pelajar-pelajar telah bersedia untuk mendirikan khemah .

GPK Kokurikulum......walaupun tidak sihat tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk menjayakan program dan memastikan program berjalan dengan baik.Tahniah ...cikgu Ali.

Hasil kerja murid mengikut kumpulan..

Pelajar-pelajar diberi tepung dan minyak untuk menghasilkan kreativiti masing-masing

Antara aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di dewan.Mereka membentuk belon mengikut kreativiti masing-masing.
Masih lagi berbincang.........bagi memastikan program berjalan dengan baik seperti apa yang dirancangkan.Walaupun, guru ramai yang terlibat dengan kursus tetapi guru-guru yang ada mampu menjalankan tugas dengan baik.
Pelajar-pelajar diagihkan kepada kumpulan dan dipantau sewaktu mereka menjalankan aktiviti.

Apalah yang dibincangkan oleh Kak Ana dan Supian.

Hari Kokurikulum merupakan salah satu program yang telah dirancang di awal persekolahan lagi.Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah perlu dan mesti agar mereka tidak hanya berjaya dalam akademik sahaja tetapi penglibatan mereka dalam aktiviti seperti ini juga diambil kira.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar yang hanya mencapai keputusan yang cemerlang sahaja dalam bidang akademik tetapi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum tiada langsung.Selain daripada itu, kita hendak melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik dan cemerlang.Justeru, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum memang diwajibkan di peringkat sekolah.Kalau pun tidak mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tetapi sekurang-kurangnya penglibatan diri di peringkat sekolah sudah memadai.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti perkhemahan mempunyai banyak kebaikannya.Antaranya ialah pelajar-pelajar diperkenalkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama , tidak mementingkan diri sendiri, berdikari, sabar,tolong-menolong dan menjaga kebersihan.Lebih-lebih lagi pelajar sekolah saya yang mempunyai pelbagai kaum sudah tentu diterapkan nilai menghormati agama kaum lain.Tatkala pelajar Islam menunaikan solat, mereka juga diberikan ruang oleh guru-guru moral untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan bangsa lain.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails