Thursday, February 10, 2011

REZEKI MEREKA...


Sudah dua hari kami dikunjungi oleh beberapa kumpulan NGO dan individu yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir khasnya murid-murid.Mereka hadir ketika guru besar tiada...puas juga hendak melayan mereka.

Mereka meminta kami menyenaraikan nama murid yang telah ditetapkan bilangannya.Kalau nak diikutkan hampir separuh daripada murid-murid sekolah ini yang terlibat dengan banjir.Antara teruk dan tidak teruk sahaja.

Namun, kami bersyukur kerana ada juga orang yang prihatin dengan anak murid sekolah ini dan kami juga terharu kerana masih ada lagi sekumpulan rakan-rakan yang ingin membantu membersihkan lagi sekolah ini tetapi kami menolaknya dengan cara baik kerana kerja-kerja pembersihan yang besar-besar telah dilakukan oleh warga sekolah ini dengan bantuan pihak-pihak tertentu.Kini,kami hanya melakukan kerja-kerja penghalusan sahaja dan terima kasih kepada kak Rodiah, Zana dan Zarina kerana sudi membantu guru-guru sekolah ini.

PENA KASIH:Tiada apa yang menggembirakan apabila melihat wajah anak-anak didik ceria kerana masih ada lagi orang yang menyayangi mereka.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails