Saturday, February 5, 2011

OPERASI BERSAMA USIM


Sewaktu bersama suami untuk bersarapan pagi, menerima panggilan telefon meminta saya menunggu sekolah kerana mereka dalam pengagihan mengagihkan sukarelawan bagi membantu sekolah.Alhamdulillah, terpacul daripada mulut kerana masih ada yang sudi untuk membantu disaat kami memerlukan pertolongan.Sudah berberapa hari menjadi tamu sekolah membersihkan bilik-bilik.Kesan lumpur yang terdapat di simen mencacatkan pandangan tapi perlu redha kerana bukan senang untuk kembali kepada asal.Mengambil masa sehingga 3 atau 4 bulan.Yang penting, bilik-bilik darjah untuk kegunaan murid akan kami bersihkan sebaik mungkin.

Sesampai sahaja ke sekolah, SAJ telah datang menghantar air untuk kegunaan kami.Maklumlah tekanan air di sekolah kami rendah dan ini menyukar dan melambatkan proses pembersihan sekolah.Namun, kami menghadapi masalah kerana ketiadaan 'hose' untuk digunakan.Lantas, husband memberikan cadangan agar meminjam dari Bomba Segamat.Lalu saya dan husband bergerak ke Bomba dan meminjam 'hose'tersebut kerana jika hendak menunggu mereka hantar sudah tentu mengambil masa yang lama.Mereka memberi kami tiga 'hose' untuk digunakan.Alhamdulillah,dengan 'hose'yang ada inilah, pasukan USIM dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

Dalam masa yang sama,sepasukan USIM datang yang terdiri daripada staf .Mereka tanpa membuang masa bergerak pantas mengagihkan tugas masing-masing.Very friendly.....tak rasa penat kerana bekerja sambil gelak ketawa dan yang penting kerja dapat dibereskan dengan baik sekali.Dapat juga berkenalan dengan adik Zamri Yusof penyanyi yang terkenal dengan lagu'Tugu Cinta'.Dialah yang menjadikan suasana ceria.

Pihak PPD juga turut sama datang ke sekolah membantu kerja-kerja membersihkan sekolah.Husband dan anak lelaki menolong mengangkut air.Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang memang tidak berhenti-henti melakukan kerja tersebut.Malah , kebanyakan mengatakan husband adalah staf sekolah ini kerana tidak kekok membuat kerja.Mereka meminta itu dan ini daripada husband dan setelah diterangkan kedudukan sebenar, barulah mereka tahu.


Melihat staf perempuan yang diketuai oleh Cik Azlin membuat kerja tanpa berhenti-henti menunjukkan mereka begitu prihatin dengan keadaan kami.Kami sama-sama membuat kerja sehingga lupa soal keletihan.Tanpa disedari, banyak juga yang telah kami bersihkan.

Selepas penat melakukan kerja-kerja tersebut, mereka berehat sebentar untuk menikmati makanan yang disediakan oleh pihak PPD.Terima kasih kerana sekurang-kurangnya meringkan bebaban yang ditanggung.

Dalam masa yang sama, kami juga menerima kunjungan daripada pihak PTPTN yang datang untuk melihat keadaan sekolah kami.Khabarnya akan ada bantuan untuk sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir.Mudah-mudahan saluran itu akan sampai kepada pihak sekolah.




Mereka juga tidak ketinggalan membersihkan kawasan padang sekolah.Sampah-sarap yang bertaburan disapu dan dibakar.......masalahnya ke mana hilangnya penyelia kebersihan kerana setiap kali panggilan dibuat,tiada sebarang jawapan.Kalau dikatakan tidak bertanggungjawab untuk sama-sama membantu dalam keadaan kami memerlukan bantuan, jangan hendak marah.Sekurang-kurangnya apabila panggilan dibuat,maklumkan kedudukan sebenar.

Keadaan sekolah selepas operasi bersama USIM kelihatan bersih.Terima kasih kepada warga USIM,para suami dan anak-anak yang memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit kepada pihak sekolah dalam usaha membantu sekolah berada dalam keadaan asal juga tidak ketinggalan kepada pihak PPD yang sudi menjenguk SKCC untuk kesekian kalinya.

PENA KASIH:Kalian tetap dalam ingatan..........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails