Wednesday, February 23, 2011

DUA JAM

Limit masa yang ditetapkan untuk mesyuarat guru pada hari ini adalah selama dua jam dan alhamdulillah ianya tercapai.Guru Besar mempengerusikan mesyuarat dan semua yang ingin dibincangkan telah saya sediakan.............setiausaha sulit....guru besar pun ada setiausaha sulit.Walaubagaimanapun , yang penting semua maklumat telah saya catatkan untuk tindakan guru.

Sempat juga saya mengambil sedikit ruang untuk memaklumkan kepada semua guru apa yang perlu dibuat dan diharap dapat melaksanakan semuanya seperti yang telah dicatatkan dalam kertas tindakan untuk guru.Mesyuarat menjadi ringkas dan tidak perlu bercerita melalut sehingga tidak mencapai maksud yang hendak disampaikan.

Semua fail juga akan dipantau oleh guru besar dan saya mengikut giliran yang akan saya nyatakan tarikhnya.Memang tidak cukup masa tetapi setelah saya membaca buku berkaitan pengurusan masa, sememangnya masa itu telah ditetapkan dan hanya kitalah yang sepatutnya mengaturkan segala-galanya.Masa tidak boleh dicuri, dijual beli dan pelbagai lagi yang apabila bila direnung kembali ianya begitu bermakna jika diisikan dengan pengisian yang betul.Masa juga tidak akan kembali ke asal sebaliknya akan berterusan meninggalkan hari semalam, bermulanya hari esok dengan segala perkara baru.Justeru, saya telah memilih tajuk "pengurusan masa ' untuk short-talk saya nanti.

Tempoh masa dua jam itulah pelbagai perkara disentuh bagi memastikan semuanya dapat berjalan dengan lancar.Baik dari segi kurikulum , hem dan kokurikulum.Tapi pada hari ini, aspek akademik lebih diberikan penekanan.Banyak sedikit saya berceloteh hari ini.Saya terus kepada 'point' dan tidak berbalik-balik ceritanya.Semuanya pantas.........

Akhirnya,saya sampai di rumah lebih kurang pukul 6.00 petang, terus bersolat dan memasak.Husband dan anak lelaki menolong saya memasak dan ini menyebabkan kerja-kerja saya cepat.Sayang kalian.............

PENA KASIH:Letih tapi puas hati........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails