Friday, February 4, 2011

ERTI KASIH SAYANG


Melihat gambar dua orang adik-beradik ini,tergambar ada perasaan sayang antara mereka.Seperti tidak mahu dipisahkan.Ciuman seorang adik menunjukkan dia terlalu sayang akan abangnya walaupun dia tidak memahami erti sebuah ciuman.Perbuatan yang ditunjukkan itu sudah dapat menggambarkan segala-galanya.

Sudah lama saya perhatikan gelagat kedua-dua orang adik-beradik ini.Setiap masa, abangnya teruk dicium.Kadang-kadang, sampai naik angin dibuat oleh adiknya.Mungkin rimas bila ciuman bertalu-talu diberikan.Setiap kali pulang dari sekolah menanti dengan penuh kesabaran untuk diberikan ciuman khas untuk abangnya.Rindu agaknya kerana ditinggalkan untuk beberapa jam oleh abangnya.Bila tiada keselesaan,mulalah abangnya terjerit-jerit memarahi adiknya.Ciuman berlebihan.

Biarpun pelbagai cara digambarkan,jelas menunjukkan adanya perasaan sayang antara satu sama lain.Kasih sayang seseorang akan terserlah jika mereka masih ada di hati.Tetapi sebaliknya jika mereka sudah tidak ada dalam hati.Husband selalu mengambil berat akan masalah adik-beradiknya kerana adanya perasaan sayang sebab mereka berada dalam hati suami.Saya akur kerana mereka juga memahami antara satu sama lain dan tidak menyusahkan dirinya.Husband tidak pernah membiarkan adik-beradiknya menghadapi sebarang masalah keseorangan.Akan cuba membantu sebaik mungkin agar tidak ada yang tercalar di hati.

Begitu juga dengan anak-anak.Saya selalu mengingatkan agar saling berhubung antara satu sama lain agar tautan kasih sayang akan berterusan dan jangan sesekali menyusahkan antara satu sama lain.Jagalah perasaan ibu dan ayah kerana sebagai ibu dan ayah mereka hendakkan terbaik daripada anak-anak bukannya memberikan permasahan kepada mereka.

PENA KASIH:Erti sebuah ciuman...............


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails