Wednesday, February 2, 2011

TERIMA KASIH,KALIAN






Suami saya juga mengambil peluang membantu isterinya membersihkan sekolah.....tak dapat pergi kerja kerana kesemua jalan terputus hubungan.Terima kasih yang tidak terhingga buat suami kerana terlalu prihatin dengan keadaan sekolah isterinya dan banyak membantu sekolah ini.



Kerja-kerja membersihkan pejabat

Hari ini, kerja-kerja pembersihan sekolah berjalan dengan lancar sekali.Mula-mula tergendala kerana masalah air.Tekanan rendah mengganggu proses pembersihan jika tiada bantuan daripada pihak tertentu.

Lebih kurang pukul 8.00, saya dan Kak Roslah telah berada di sekolah.Melihat keadaan dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah air ini.Kemudian,sepasukan bomba datang untuk membantu kami tapi timbul pula masalah air kerana ketiadaan pili bomba.Tapi pihak bomba mempunyai inisiatif sendiri mencari punca air.

Kemudian,husband menghubungi YB Dr.S.Subramaniam meminta menghantar bantuan kepada sekolah kerana masalah kekurangan tenaga pekerja dan masalah air.Alhamdulillah, YB mengambil makluman tersebut.Juga kepada YB Dr Lee Hong Tee yang memberikan maklumat kepada husband.Maklumlah sekolah kami hanya ada dua orang guru lelaki tetapi kedua-dua rumah mereka juga terlibat dengan banjir.Hanya kudrat guru perempuan sahaja yang dapat digunakan.Tapi alhamdulillah, suami-suami kepada isteri yang mengajar di SKCC telah membantu membersihkan sekolah.Begitu juga dengan kehadiran cikgu Azian yang pernah mengajar di sekolah ini sedikit sebanyak melegakan kami.Siap bawa askar-askarnya sekali.

Kami membahagikan tugasan masing-masing.Ini menjadi kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mudah sekali.Walaupun penat, tapi apabila melihat kesungguhan semua yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan memberikan satu semangat kepada kami.Masih ada orang yang sanggup memberikan bantuan kepada kami.Masih ada orang yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk sekolah kami dan melihat keadaan sekolah kami.Terima kasih .

Kerja-kerja pembersihan berjalan sehingga petang.Sehinggakan kami lupa waktu makan kerana sibuk dengan kerja-kerja pembersihan.
Terima kasih juga kepada En Razman,penyelia pembersihan yang membawa orang-orangnya untuk membantu pihak sekolah.

InsyaAllah, kami akan terus membersih bilik masing-masing dari semasa ke semasa.Yang penting diutamakan.Alhamdulillah,walaupun banjir kali ini teruk tapi kami sempat juga menyelamatkan dokumen-dokumen penting kami.

Kami juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bomba bandar putra kerana dengan bantuan kalian, kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan baik sekali.

PENA KASIH:Masih segar lagi dalam ingatan keadaan banjir tahun 2006

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails