Monday, November 21, 2011

TAHNIAH...MALAYSIA BOLEH




Perlawanan sengit.

Malam tadi, saya luangkan masa untuk bersama-sama menonton televisyen,Menyaksikan pertandingan bola sepak merebut pingat emas yang ke 59 untuk Malaysia sempena Sea Games yang kini berlangsung di Indonesia.

Alhamdulillah, Malaysia mampu menawan Indonesia walaupun bermain hampir 4 jam.Satu perlawanan yang begitu sengit membuktikan kehebatan Malaysia dalam arena bola sepak.Gandingan ke sebelasan pemain bersama-sama dengan penjaga gol ,Khairul Fahmi yang sememangnya dari awal perlawanan membuktikan kecekapannya menangkis serangan demi serangan daripada pihak lawan.Tahniah...Khairul Fahmi.Begitu juga dengan pemain-pemain lain yang begitu bersemangat bermain walaupun serangan demi serangan bertalu-talu daripada pihak lawan.Permainan yang begitu sengit dikirakan kerana tiada ruang untuk mereka melengah-lengahkan perlawanan.Syabas Malaysia....Anda Boleh melakukannya.

Tertarik...

Mula tertarik untuk menyaksikan setiap kali Malaysia beraksi dalam perlawanan bola sepak apabila melihat ketangkasan dan kecekapan penjaga gol,Khairul Fahmi menangkap bola dan mengawal kemasukkan bola ke pintu gol.Sejak itu, saya tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Gusar..

Mula-mula agak gusar juga kerana Indonesia telah berjaya menembusi tembok pertahanan seawal 5 minit perlawanan pertama bermula tapi detik hati ini percaya yang Malaysia mampu memenangi pingat emas kali ini selepas di Laos.Kegusaran terubat apabila tandukan pertama oleh Asarudin Putera Omar menyamai gol lawan membuktikan Malaysia mampu mengatasi pihak lawan yang dianggap begitu gerun sekali.Akhirnya,Malaysia menang dengan sepakan penaliti terakhir oleh Badrol Bakhtiar yang akhirnya meremuk hati rakyat Indonesia.

Kata Semangat...

Menyaksikan wajah Ong Kim Swee di luar padang seolah-olah turut juga rasa tertekan kerana rata-rata rakyat Malaysia mahukan anak buahnya bermain dengan bersungguh-sungguh dan menghasilkan sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia.Namun,kegelisahan terubat apabila anak buahnya dapat membenamkan Indonesia dengan kemenangan 4-3 menerusi tendangan penalti. Syabas...sekali lagi.

PENA KASIH :Peminat Allahyarham Mokhtar Dahari........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails