Monday, November 7, 2011

TERGURIS

Bila hati sudah terguris, memang sukar untuk bertaut kembali.

Apabila menyebut soal perasaan dan hati...keduanya saling berkaitan.Malah dari situlah akan timbul pelbagai perasaan.
Saya suka mendengar cerita daripada individu yang begitu mudah tersentuh hatinya.
Namun,sebagai orang tua biasanya mereka akan mengalah kepada orang yang muda.
Malas untuk melayan perasaan orang muda.Mereka sememangnya mengikut perasaan muda.Mungkin boleh dikatakan terlalu 'ego' dan dirasakan tindakan dan perlakuan mereka itu betul.Tidak pernah untuk mendengar nasihat mahupun pandangan orang yang lebih berpengalaman dan terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan.

Saya membiarkan individu tersebut bercerita...habis-habis pun saya tersenyum sendirian.
Mungkin , inilah pengalaman individu tersebut tapi saya sendiri sudah mengalaminya.Bukan sekali dua tapi sudah cukup untuk memahami rentak hati orang muda.Jika dibiarkan ia akan terus berlarutah.Justeru, bagi menyelesaikan,biarlah kita mengalah walaupun ada kalanya kita memendam hati kerana perlakuan dan tindakan mereka.

Bagi saya,biarlah mereka dengan 'ego'nya sendiri.Suatu hari nanti semuanya akan kendur apabila usia semakin senja,pintu kubur menanti kita.Kita boleh ikut rentak tari mereka tapi apabila difikirkan tiada gunanya mengikut rentak tari yang tiada kesudahan.

Saban malam,saya sering bangun mendekatkan diri kepadaNya.Tapi saya percaya setiap kali kita berniat untuk bangun, insyaAllah,Allah mendengar rintihan hati hambaNya.Alhamdulillah Allah permudahkan apa yang saya inginkan apabila tiba dinihari.Kesunyiaan merentap perasaan saya untuk terus mendekatiNya.Sunyi dan kepadaNyalah tempat kita mengadu.Jalan terbaik apabila kita menghadapi sesuatu masalah ialah mengadulah kepadaNYa.

Bagi saya, adakalanya perasaan terguris itu sememangnya akan kita lalui dan saya percaya semua orang pernah merasainya.Namun, saya biarlah ianya berlalu begitu sahaja sebagaimana air sungai mengalir tanpa henti-henti.....

PENA KASIH :Pernah terguris hati........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails