Sunday, November 13, 2011

BERSATU-PADU








Tidak sukar untuk melihat amalan gotong-royong dalam sesuatu majlis itu berjalan dengan baik.Mudah sahaja,lihatlah sahaja setiap kali ada majlis kenduri kahwin di kalangan ahli keluarga,mereka tidak pernah membiarkan ahli keluarga itu membuat kerja sendirian sahaja.Malah mereka akan sama-sama melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.Nilai inilah perlu diterapkan di kalangan generasi akan datang.

Kita tidak mahu melahirkan anak-anak yang hanya duduk diam sahaja tetapi kita perlu menggerakkan mereka agar mereka tahu melakukan kerja tanpa perlu disuruh.Rata-rata kalau kita lihat ada di kalangan anak-anak sekarang yang tidak tahu untuk membuat kerja itu dan ini.Kita tidak mahu melahirkan pelajar atau anak-anak sedemikian.

Begitu juga di sekolah, amalan gotong-royong di kalangan pelajar diterapkan agar mereka tahu bagaimana untuk bercampur dengan masyarakat apabila mereka dewasa nanti.Kita tidak mahu melahirkan pelajar yang tidak tahu membuat kerja malah untuk menyapu dengan cara yang betul pun tidak tahu.Kalau dilihat di sekolah sahaja,ada di antara pelajar yang tidak minat untuk melakukan kerja-kerja seperti bergotong-royong dengan alasan mereka tidak pernah melakukan kerja-kerja itu di rumah sebaliknya dilakukan oleh 'maid'.Hendak kata apa.....sayang sekali apabila pelajar menjawab seperti itu.

Pada saya, semua itu perlu diterapkan di rumah lagi.Terus terang saya katakan, saya mungkin tegas kerana anak-anak memang tidak berani untuk membuang sampah bersepah-sepah di rumah.Dari kecil lagi telah saya ajar, setiap cebisan sampah hendaklah dibuang di bakul sampah yang sememangnya telah disediakan di setiap bilik mahupun ruang rumah kami.Kalau mereka tidak mahu mendengar leteran saya, mereka perlu berdisiplin.

Amalan gotong-royong di kalangan ahli keluarga jelas terserlah sewaktu majlis kenduri-kendara.Masa inilah mereka dapat membantu dan bertemu.Bukan senang untuk berkumpul ataupun sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kerja oleh tuan rumah.

PENA KASIH :Terima kasih,emak kerana banyak mengajar saya....


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails