Friday, November 4, 2011

JANGAN PIILIH


Sempat saya singgah di KipMart di Johor dalam perjalanan pulang ke Segamat.Tidak singgah lama kerana tujuan hanya untuk membeli lauk-pauk yang dikirakan agak murah di situ.Begitulah saya apabila ke JB, tidak sah kalau tidak singgah di KipMart.

Pelbagai barangan boleh didapati di situ dan pilihan yang mudah.Saya membeli beberapa ekor ayam,ikan, udang, sotong, sayur-mayur dan juga barangan dapur.
Semasa ke gerai yang menjual ikan,jelas laungan suara penjual 'jangan pilih, terus ambil, jangan pilih terus ambil..'
Saya hanya melihat gelagat seorang pembeli berbangsa India yang begitu rancak memilih ikan tapi dilarang oleh penjual tersebut.
Ketika saya membeli beberapa ekor ikan , saya inginkan kepastian kenapa tidak dibenarkan memilih ikan kerana itu adalah hak pengguna.
Lalu dijawab oleh penjual ada sebab kami tidak membenarkan orang ramai memilih ikan kerana ada sesetengah pembeli yang suka mematah-matahkan kepala ikan untuk melihat ikan-ikan itu segar atau tidak.
"Hanya itu sebab encik tidak membenarkan pembeli memilih ikan," kata saya.Saya hanya diam sahaja.
Mungkin ada kebenarannya tapi saya tidak pernah berbuat seperti itu kerana biasanya saya terus ambil ikan sahaja.
Masing-masing punya cara, tiada siapa pun yang boleh melarang.

PENA KASIH :Ada kalanya pilihan tidak menepati citarasa...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails