Cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada kita.Kekerapan hujan mengundang rasa kegelisahan di hati mereka yang pernah mengalami banjir.Dijangkakan pada tahun ini, banjir lebih besar daripada tahun-tahun yang lalu.Wallahualam...tiada siapa yang tahu.
Saya percaya,mereka yang pernah mengalaminya akan berasa 'trauma'.Saya, walaupun rumah tidak terlibat dengan banjir tapi tetap 'trauma' mengenangkan tempat mencari rezeki juga dilanda bencana yang tidak diijangkakan.Namun, kita perlu redha dengan apa yang berlaku.
Seingat saya,pada tahun 2006,buat pertama kalinya sekolah dilanda banjir dan saya merupakan orang pertama meninjau kawasan sekolah.Terperanjat melihat keadaan sekolah dan sememangnya saya tidak menjangka ianya sebegitu teruk sekali.Banyak dokumen dan buku-buku kepunyaan saya tidak dapat diselamatkan.Saya terima itu dengan tabah......
Saya juga rasa tertekan kerana segala persiapan untuk awal tahun 2007 juga semuanya habis dihanyut air.Hampir dua minggu juga saya mengalami sakit yang tidak tahu puncanya.Puas sudah ke klinik sehinggalah akhirnya penyakit itu hilang sedikit demi sedikit sehinggalah saya kembali normal.Ke sekolah seperti biasa tapi mungkin kepenatan yang teramat sangat sukar untuk digambarkan.
Pada tahun ini, saya telah mengedarkan surat kepada semua guru supaya bertindak awal dengan mengangkat semua dokumen yang penting ke tingkat atas.Mulai hari ini, kami telah mula menjalankan operasi dengan bantuan anak murid dan juga pekerja sekolah.Berganding bahu memikul tugas menyelamatkan dokumen penting,buku-buku dan sebagainya.Alhamdulillah, mendapat komiten yang baik daripada pelajar dengan pengawasan yang rapi daripada guru .Sedikit sebanyak apa yang kami lakukan ini dapat menyelitkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar agar mereka memahami kesusahan rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.
PENA KASIH;Disebalik banjir ada hikmahnya.....

No comments:
Post a Comment