Saturday, November 5, 2011

TAKBIR



Gelagat cucu emak


Suasana di tanah perkuburan

Gema takbir hari raya sejak malam tadi sehinggalah ke pagi ini, begitu syahdu sekali.Apatah lagi jika alunan suara yang membawanya begitu sedap didengar sehingga menyelusuk ke kalbu.

Teringat sewaktu 'my family' menunaikan haji pada tahun 2006 dan ketika itu Segamat dilanda banjir yang teruk.Sewaktu ke masjid,hati begitu sayu sekali kerana selama ini ayah yang selalu bertakbir tetapi pada tahun itu ayah nun jauh di Mekah.Tidak sedar air mata berlinangan di pipi.

Selepas bersolat, kami akan bergerak ke rumah emak di B6.Kali ini, mereka mengambil keputusan untuk tidak ke Spang Loi sebaliknya kami beramai-ramai ke kubur.Alhamdulillah hubby mengetuai bacaan yassin dan tahlil.Semuanya pergi ke kubur kecuali emak dan Noi yang kurang sihat.

Selepas itu, saya bergerak balik ke Segamat dan tidak 'join' mereka ke B6.Balik rumah dan merehatkan diri .
PENA KASIH : Terkenangkan Along di Perlis.....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails