Tuesday, November 15, 2011

HAKA 2011





Tarian Sumazau oleh tiga orang adik-beradik.....from Sabah




Kemuncak di penghujung persekolahan berakhir dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik(HAKA) pada hari ini.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali apatah lagi diselang-selikan dengan persembahan daripada anak-anak didik sekolah ini.

Semua sekolah sebenarnya akan menjadikan HAKA ini sebagai penutup program persekolahan di hujung tahun.Anugerah yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik sama ada untuk kedudukan di kelas mahupun mata pelajaran.Di sinilah kita dapat melihat keupayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik.Mereka yang tidak berjaya memperoleh hadiah tidak bermakna mereka tidak pandai tetapi ada lagi rakan-rakan mereka yang lebih pandai.Namun, mereka sebenarnya tidak perlu berputus asa sebalik jadikan ini sebagai satu semangat untuk terus belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

HAKA kali ini hanya dirasmikan oleh Encik Ayob bin Dom iaitu Yang dipertua PIBG sekolah ini.Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.45 petang.Kerjasama yang diberikan oleh semua guru dalam menjaya dan memastikan HAKA berjalan dengan lancar begitu baik sekali.Mereka bekerja tanpa mengira masa,tenaga dan wang ringgit.Dari pagi sehingga petang untuk memastikan agar HAKA kali ini dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh boss.

Apa yang menariknya kali ini, AJK HAKA menghidangkan persembahan tarian sahaja.Tarian Sumazau, Tarian Kipas, Tarian Tradisional India, Ala Barat dan juga persembahan 'chicken dance' daripada pelajar-pelajar tahun 1.Namun, apa yang penting ialah penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri itu yang menjadi matlamat utama.Hampir setahun mereka berada di sekolah, akhirnya di penghujung tahun pencapaian mereka menjadi landasan untuk melihat kemampuan mereka memahami setiap kemahiran yang diajar.Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang.

PENA KASIH:Gembira melihat kejayaan anak didik.......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails