Thursday, November 17, 2011

BERAKHIRNYA DEBARAN


Sebahagian daripada pelajar bersama ibu bapa masing-masing


Resah di pagi hari...keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini.Debaran bukan sahaja dirasai oleh anak-anak didik yang menunggu keputusan tetapi guru juga tidak terkecuali.Makan dan minum tidak lalu.Pelbagai persoalan di fikiran ini.Adakah sekolah ini mampu untuk mengekalkan keputusan atau sebaliknya atau berapakah peratus kelulusan dan GPS yang bakal diperolehi.Masing-masing menunggu dengan penuh debaran.

Kesibukan di pagi hari melupakan keresahan buat seketika.Namun, saya masih ternanti-nantikan SMS daripada boss yang ketika itu berada di PPD untuk mengambil keputusan UPSR.
Akhirnya, saya tinggalkan kerja-kerja akhir sebelum cuti sekolah untuk bersama-sama dengan pelajar tahun 6 yang mengadakan jamuan perpisahan.Terima kasih kepada cik Wan dan anak murid yang mengundang semua guru untuk menikmati jamuan.

Saya tidak lama berada bersama mereka kerana ke pejabat untuk mendapatkan maklumat mengenai keputusan peperiksaan.

Wajah guru besar ceria dan mengucapkan tahniah kepada saya.Tahniah kerana keputusan pada tahun ini baik dengan peratus kelulusan 95.45% dengan 6 orang daripada 22 mendapat 5A serta GPS 1.76 .GPS kali ini kurang baik daripada tahun lepas dengan 1.65 tetapi peratusnya melonjak daripada 80% ke 95.45%.Satu pencapaian yang terbaik dengan peratus cemerlang 27%.Satu perkhabaran berita yang baik kerana pada tahun ini kami bekerja keras untuk memastikan keputusan yang terbaik untuk sekolah dan pelajar itu sendiri.Bukan senang sebenarnya untuk memastikan kedua-dua keputusan, peratus dan GPS pada tahap yang cemerlang.Namun, tahniah kepada semua guru khususnya guru tahun 6 yang banyak memainkan peranan penting bagi memastikan setiap subjek mengekalkan peratus terbaik.Begitu juga dengan guru pendamping yang banyak membantu murid-murid yang lemah.

PENA KASIH :Satu pencapaian yang terbaik.Tahniah buat bos dan semua guru.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails