Sunday, November 13, 2011

KAY....

Mak Ru.........


Pertemuan setelah sekian lama tidak bersua.

Seingat sewaktu saya berusia 18 tahun,bekerja sambilan di salah sebuah kilang di Segamat sementara menantikan peluang untuk melanjutkan pelajaran.Bayangkan hampir 26 tahun tidak bersua....akhirnya di sini (F.Kemelah) saya menemuinya.

Siapa sangka dan saya sudah pasti rindukan mereka yang pernah bersama dengan saya sewaktu kecil di Kemelah.Bermain bersama-sama dan bergaduh.Lumrah ketika kanak-kanak.Makcik-makcik dan kakak-kakak yang pernah bersama-sama di Kemelah. Aghh...manisnya pertemuan ini.Sayu sekali melihat wajah mereka.Dimamah usia tapi masih kuat lagi..Mereka tidak mengenali saya lagi tapi masih ingat nama saya.Namun, saya masih ingatkan mereka.Hanya saya lupa nama makcik-makcik yang pernah rapat dengan saya.Maklumlah sudah berpuluh tahun tidak bertemu.Kami berbual-bual dan bertanya khabar.Sudah tentu mereka tidak ingatkan saya lagi kerana bentuk fizikal sudah berubah.......
Pastinya walaupun mereka tidak mengingati saya, tapi biarlah saya mengingati mereka.

Namun yang pasti nama KAY memang tidak pernah lupa dalam ingatan saya.Alhamdulillah,Kay kini sudah jauh berubah.Pertemuan itu terus mengingatkan saya sewaktu kami bekerja di kilang.Kami ketawa bila teringatkan kisah lama.Kami memang nakal dan mempunyai ramai peminat...biasalah zaman remaja.Hampir setahun saya mengenalinya dan akhirnya kami berpisah kerana saya melanjutkan pelajaran di maktab dan Kay terus dengan kerjanya.Tapi kini Kay sudah berhenti kerja dan menjaga anak-anaknya seramai 3 orang.

PENA KASIH :Banyak nostalgia di Kemelah......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails