Hari ini menghadiri program bersama KPM di Pusat Islam Johor Bahru.Mewakilkan guru besar yang berada di Kluang kerana terlibat dengan kursus lain.
Perjalanan bermula jam 5.00 pagi dan berhenti di Yong Peng untuk solat Suboh sebelum bergerak semula ke JB.Sepanjang perjalanan , saya lebih banyak tidur kerana mengantuk.
Banyak info yang diperolehi sepanjang program bersama KPM.Mengupas kembali program-program yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah.Program KSSR,PBS, MBMMBI dan juga 1M1S dan tidak lupa juga sekolah vokasional yang memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.Tidak lupa juga pelajar-pelajar pendidikan khas yang turut juga dibincangkan kerana mereka juga memerlukan perhatian daripada kita sebagai pendidik.
Program MBMMBI yang menggantikan ppsmi ini diharapkan dapat membantu kita dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.Pelbagai program telah dibuat di peringkat sekolah.
Begitu juga dengan PBS yang dilaksanakan untuk pelajar-pelajar tahun 1.Pencapaian berdasarkan band yang mereka perolehi dan juga berbuktikan evidens yang dibekalkan kepada pelajar.Namun begitu, pelajar-pelajar tahun 2 hingga 6 juga perlu menjalani PBS.Kewujudan PBS adalah untuk membantu pelajar-pelajar lebih berkeyakinan dan tidak hanya berorientedkan peperiksaan sahaja.
Info-info sebegini amat penting kepada kita sebagai barisan pentadbir sekolah bagi memantapkan penguasaan dalam sesuatu dasar yang diperkenalkan oleh KPM.Namun, apa jua dasar yang diperkenalkan ,sebagai pendidik kita tetap menyahut cabaran dan seruan tersebut dan bersama-sama berganding bahu melaksanakan program yang dirancangkan itu.
PENA KASIH :Melalui pelbagai tranformasi dalam pendidikan sejak bergelar pendidik..

No comments:
Post a Comment