Saturday, November 5, 2011

AIR

Gambar hiasan

Masalah keputusan air apabila menjelang hari raya memang menjadi satu fenomena biasa bagi penduduk kampung saya terutama mereka yang mendiami di kawasan yang tinggi.Begitulah situasi yang dialami oleh emak dan ayah.Kadang-kadang semua kerja menjadi 'slow' kerana ketiadaan air.

Hari ini dalam suasana persiapan untuk menyambut hari raya aidil-adha,masalah yang sama berlaku.Dari rasa bersemangat mulalah kendur sedikit semangat dan menjadikan segala perancangan terbantut seketika.Menunggu air keluar dari corong paip.....memakan masa dan membosankan.

Setiap kali menjelang raya, ayahlah yang selalu membuat 'report' memaklumkan ketiadaan air.Malah mereka yang menyambut telefon juga sudah kenal dan tahu siapa yang membuat panggilan.Apabila dipanggil, pihak tertentu datang dan membuat pemeriksaan tapi adakalanya mereka 'mati akal' tidak tahu hendak menyelesaikan dan kesudahannya tiada sebarang tindakan diambil .Terus meninggalkan tempat begitu sahaja dan pengguna menantikan harapan agar akan terluncur keluar air dari paip.Tapi hampa.....

Apabila panggilan kedua dibuat dan dihantarnya orang lain untuk memeriksa dan mencari punca ketiadaan air.Mereka berusaha untuk membantu dan memastikan rumah kediaman mendapat air dan saya puji sikap pekerja tersebut.Tidak meninggalkan kerja begitu sahaja tapi berusaha dan membantu memastikan air yang diperlukan diperolehi.Semoga mereka mendapat keberkatan dan dimurahkan rezeki....

Malah ada yang menyuarakan pendapat agar menggali perigi sebagai penyelesaian kedua untuk mengatasi ketiadaan air pada waktu-waktu tertentu.Memang pandangan yang baik malah kalau dilihat di negeri Kelantan dan Terengganu mereka menggali perigi di dalam rumah.Dengan air yang sejuk dan nyaman.Tapi kalau di kampung saya, agak sukar untuk mendapatkan perigi yang digunakan oleh orang-orang dahulu.Setakat ini , saya ada terjumpa sebuah sahaja dan digunakan oleh penduduk kampung yang sememangnya tidak boleh menggunakan air paip untuk mandi kerana dikatakan akan pening kepala.Setiap hari dia akan turun ke perigi untuk menikmati kesejukkan air perigi.

PENA KASIH : Pernah bermandikan dengan air perigi.........

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails