

Salah seorang peserta tahap 2, telah mendeklamasikan sebuah sajak yang khususnya berkaitan dengan dadah.Penampilan diri,keyakinan dan kelancaran sewaktu mendeklamasi amat penting dalam mengamati sesebuah sajak yang hendak dipersembahakan.Persediaan diri juga perlu untuk mengelakkan diri dari mengelabah dan menyebabkan seseorang itu lupa dengan apa yang ingin diucapkan atau dipersembahkan.

Pertandingan ini telah diadili oleh tiga orang juri iaitu Pn Ruhana, Pn Salbiah dan Pn Fatimah.
Pagi ini semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk sama-sama menyaksikan pertandingan mendeklamasi sajak sempena Kempen Anti Rokok, Dadah dan Aids.Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 1 dan tahap 2.Pertandingan yang mengambil masa selama 1 jam ini sekurang-kurangnya dapat mencungkil bakat murid-murid sekolah ini.Peluang yang ada inilah yang sepatutnya diambil oleh semua murid untuk mendedahkan keberanian, keyakinan diri semasa berada dikhalayak ramai.
No comments:
Post a Comment