Gambar hiasan
Tabiat untuk menanam sikap suka membaca di kalangan anak-anak memang sukar.Hari ini, saya memujuk anak saudara,Amir agar membaca buku dan menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgunya.Pelbagai alasan diberikan untuk mengelak daripada membaca buku dan membuat latihan.
Akhirnya,saya mengertaknya dengan mengatakan ingin berjumpa dengan guru kelasnya memaklumkan sikapnya itu.Lantas kerana takutkan gertakan saya, akhirnya dia menyiapkan kerja sekolahnya.
Pelbagai cara dilakukan untuk memujuknya agar membaca buku dan saya memintanya membaca bersama-sama dengan abang Ngahnya.Aduhai...sukarnya untuk memujuk anak lelaki membaca buku.Banyak yang mengganggunya terutama cerita-cerita kartun dan PSP........
Semalam, kami ke Badan Angsana membeli pelbagai jenis buku latihan untuk anak dan diri sendiri.Emak Amir turut membelikan buku latihan.Rambang mata untuk membuat pemilihan buku yang semakin banyak di pasaran.Haziq mengambil peluang membeli buku "Himpunan Kisah-kisah Teladan" yang memuatkan kisah-kisah di zaman Nabi.Sudah banyak koleksi yang dikumpul oleh Haziq berkaitan dengan kisah-kisah Nabi.
Saya lebih banyak membeli buku berkaitan dengan tugas dan latihan-latihan untuk anak-anak murid.............Pastinya anak-anak murid menjadi keutamaan saya.Latihan-latihan dan info-info baru yang dihasilkan oleh penulis buku menjadi pilihan utama untuk disebar luaskan kepada anak-anak didik.Koleksi-koleksi buku ini memang saya simpan dan setiap kali ke Badan Angsana,saya tidak melepaskan peluang membeli buku.
Pena Kasih: Tidak pernah 'miss' ke Badan Angsana setiap kali turun ke JB.
No comments:
Post a Comment