Monday, December 5, 2011

BERLETER.....

Mereka bertiga yang selalu dileteri......




Seorang anak tidak suka mendengar ibu atau bapanya berleter.....ini sememangnya lumrah kehidupan.Bukan itu sahaja, seorang suami atau isteri juga tidak suka dileteri.Pada saya,bukan leteran itu yang menjadi pokok utama tetapi perlu diambil intipati setiap patah perkataan yang diluncurkan daripada leteran tersebut.

Kalau dahulu, saya juga tidak terkecuali dileteri oleh emak jika dibandingkan dengan ayah.Ayah seorang yang pendiam berbeza dengan emak yang suka bercakap.Namun, setiap leteran emak kita ada benarnya.

Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya juga tidak terkecuali suka meleteri anak-anak terutama apabila menyentuh soal pelajaran dan juga soal solat.Leteran saya tidak habis kepada anak-anak sebaliknya anak saudara sebelah saya juga turut dileteri.Mereka memahami apabila saya mula meleteri mereka.Lantaran itu, langkah bijak mereka ialah mereka akan lakukan apa sahaja kerja sebelum mendengar leteran saya.

Along sendiri sememangnya tidak menggemari mendengar leteran saya.Dia tahu apa yang perlu dilakukan begitu juga adiknya.Kadang-kadang mereka berpakat mengagihkan kerja masing-masing dan memastikan semuanya terkemas.Begitu juga dengan Dilla yang begitu ngeri apabila saya ke rumahnya.Soalan utama saya 'Sudah bersolat".......tersengih-sengih memaklumkan, belum lagi.....apabila leteran bermula ,dia melangkah pergi terus menunaikan solat.

Begitu juga dengan anak lelaki, kalau saya sibuk di dapur, dia akan melipat kain dan membasuh bilik air.Itu sememangnya rutin tugasnya yang telah diagihkan sendiri.Dia pun tidak menggemari saya berleter.Saya suka berterus-terang dengan mereka...kenapa seorang ibu suka meleteri anak-anak...pastinya apabila kalian dewasa nanti dan merenungi kembali, ada baiknya leteran seorang ibu apabila kalian tidak bersama kami nanti...Percayalah leteran ibu atau bapa bermakna mereka menyayangi anak-anaknya.Mereka mengajar anak-anaknya....

Kadang-kadang anak-anak perlu dinasihat dan diberi tazkirah walaupun tidak lama.Hubby selalu memberikan tazkirah kepada anak-anaknya sewaktu di dalam kereta apabila kami bersiar-siar mahupun di rumah sambil makan.Kami selalu mengingatkan mereka...agar mengutamakan solat .Kalau tidak bersolat, Allah tidak mendengar permintaan kita, Allah tidak tahu apa yang kita pinta.....Kita perlu bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita selagi kita dipinjamkan di muka bumi ini.


PENA KASIH : Sehingga kini, sesekali dileteri oleh emak juga......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails