Tuesday, September 21, 2010

TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN

Apabila membaca kata-kata yang terdapat dalam FB 'Kenapa orang Melayu tidak senang melihat orang Melayu itu senang" .Teringat saya pada satu cerita.Itulah realitinya orang kita.Sepatutnya kita bersyukur kerana kemampuan orang Melayu kita untuk setanding dengan bangsa lain.Tidak perlulah dipertikaikan.Mereka berjaya kerana usaha mereka dan setimpal dengan apa yang sepatutnya mereka perolehi.Apatah lagi mereka pandai dalam pengurusan kewangan.Walaupun bergaji kecil tetapi rezeki yang diperolehi itu secara halal,mereka akan hidup senang.Tidak perlu kita hendak mempersoalkan kekayaan mereka dan kehidupan mewah mereka.Buangkanlah perasaan cemburu.Lagipun kita tidak mengenali seseorang itu dengan lebih dekat, janganlah kita hendak melontarkan kata-kata yang kurang manis.Kehidupan mereka berjaya kerana mereka berusaha dan mereka tidak menyusahkan orang lain.

Kadang-kadang,kata-kata sindiran dilontarkan,Tidak tahu kenapa begitu mudah untuk melontarkan kata-kata itu.Kita renung diri kita sendiri.Saya ngeri melihat mereka bersikap seperti itu.Tidak takut walaupun usia semakin lama semakin meningkat.Kita dekatilah diri kita kepada Allah.Jauhi dan lontarilah sikap yang tidak baik sebaliknya kita baiki diri kita untuk menjadi seperti mereka yang berjaya dalam kehidupan.Pengalaman kehidupan banyak mengajar saya mengenali orang dan seterusnya lebih berhati-hati.Saya juga banyak belajar agar lebih bersabar dengan sikap manusia.Biarlah mereka lontarkan kata-kata yang tidak baik,sebaliknya kita diamkan diri kita.Berdoa kepada Allah agar dibuka pintu hati mereka ke arah kebaikan.Kita selalu mempertikaikan kekayaan seseorang itu, tetapi kita sendiri tidak mahu memperbaiki kehidupan kita,sudah tentu kita tidak akan berubah.Kita renung-renungkanlah diri kita........................

Saya bersyukur kepada Allah dengan apa yang diperolehi.Rezeki yang diperolehi kita kongsi bersama dengan mereka yang kurang bernasib baik.Saya sering berdoa kepada Allah agar saya tidak alpa untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.InsyaAllah, rezeki kita akan ada selagi kita sering mengingatiNya.

Pena Kasih :Susah senang hidup kita yang penting adalah persefahaman ,perbincangan serta perkongsian antara satu sama lain.Yang penting juga adalah pengurusan dalam sesebuah keluarga itu.




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails