Ramadhan hampir ke penghujung.Hati begitu sayu hendak meninggalkan bulan Ramadhan.Begitu terasa sekali.Nikmatnya bulan Ramadhan.
Minggu ini juga,,semua keluarga berkumpul.Walaupun, keluarga kami kecil, tetapi bila sudah berkumpul menjadi riuh-rendah dengan suara anak saudara bersama anak kami.Boleh dikatakan,setiap hari kami akan berbuka bersama-sama dengan emak dan ayah.
Semalam, saya mengajak anak saudara yang berusia 8 tahun dan 13 tahun ke masjid menunai solat terawih.Mereka bersetuju untuk pergi.Sekembali dari solat Terawih, anak lelaki terus ke rumah emak dan ayah yang terletak beberapa meter sahaja dari rumah kami.Bukannya apa,mereka hendak bermain bunga api dan mercun yang dibawa oleh Along .Mereka bermain dengan ditemani oleh Pak Ngahnya.Saya tidak turut serta dan membiarkan mereka bermain di bawah pengawasan Pak Ngahnya.
Haziq,walaupun sudah besar tapi ingin juga bermain bunga api dan mercun dengan sepupunya.Kami biarkan mereka bermain agar ia menjadi satu moment kepada mereka suatu masa nanti.
Pena Kasih :Zaman kanak-kanak sudah berlalu kini giliran anak pula merasainya.
No comments:
Post a Comment