Biasalah menjelang hari raya, shopping di saat akhir sudah menjadi satu kebiasaan kepada kami.Kalau orang lain telah membuat persiapan awal, lain pula pada kami kali ini.Keperluan anak-anak menjadi keutamaan.Masing-masing dengan citarasa sendiri.Kami membiarkan mereka berdua membuat pilihan sendiri tapi masih berbatas lagi.
Bersama dengan Pak Ngahnya, kami keluar bandar membeli keperluan Pak Ngah pula.Baju Melayu,Baju Kemeja dan juga kasut.Nampaknya, kali ini Pak Ngahnya memilih warna maroon bagi baju Melayu.Kami membiarkan dia membuat pilihan sendiri.
Sebelum itu saya telah memaklumkan kepada emak untuk menjemput Pak Ngah mereka untuk membeli keperluannya.Hafiz yang menyambut telefon sempat berbual rancak dengan saya.Uda Mok, untuk abang ada baju tak?Abang nak juga baju baru.Abang nak ikut Uda Mok beli baju.Every year,sebenarnya saya membelikan Adif n Afiz baju.Ingatkan semalam nak beli baju untuknya tapi ketika kami menjemput Pak Ngah, semuanya tiada di rumah.Jumpa di bandar tapi Apiz tidur.Akhirnya,Pak Uda berjanji akan membelikan mereka berdua baju pada hari esok.Itulah gelagat Apiz.Dia berjanji tidak akan meminta mainan sekiranya Pak Udanya membelikan baju untuknya.
Pena Kasih:Janji anak-anak gembira.
No comments:
Post a Comment